Nama juadah manisan atau 'dessert' sememangnya sinonim dengan sistem operasi Android milik Google. Bermula dengan Cupcake, Donut, Eclair, Froyo, Gingerbread, Honeycomb, Ice Cream Sandwich, Jellybean, KitKat, Lolipop, Marshmallow, Nougat , kini muncul Android Oreo (Android 8.0).
Nama terbaru Android ini sekali gus menamatkan spekulasi nama lain bagi O termasuk Oatmeal Cookie, Ozark Pudding atau Oliebol.
Menariknya, Android Oreo ini adalah kolaborasi kedua Google bersama syarikat penyeluar makanan. Kerjasama yang pertama adalah dengan wafer bar KitKat menerusi Android 4.4 pada tahun 2013. Kali ini tiba giliran Oreo untuk bekerjasama dengan sistem operasi ini.
Oreo adalah jenama biskut terdiri daripada dua wafer coklat dengan krim manis ditengahnya. Nama Oreo sendiri dilesenkan daripada Nabisco iaitu pembuat biskut dan snek Amerika di New Jersey. Sejak pengenalannya pada tahun 1912 Oreo menjadi antara biskut yang popular seluruh dunia.

FOKUS LIMA FUNGSI UTAMA
Menggunakan tagline ‘Android Oreo, to the rescue’ Sistem operasi Android terbaru kali tidak banyak mengubah antaramuka sedia ada sebaliknya lebih banyak menumpukan kemas kini sistem dalaman menerusi beberapa fungsi terbaru yang lebih memudahkan kerja harian pengguna.
Berikut antara fungsi utama yang diperkenalkan:
Fungsi ini membolehkan pengguna menggunakan dua aplikasi sekali gus. Ia mirip kepada Pop Up Play dan juga Multiwindow yang diperkenalkan peranti Samsung terdahulu serta fungsi Android 7.0 yang diperkenalkan pada tahun lalu. Anda boleh menyemak jadual dan menggunakan panggilan video dalam satu-satu masa.
2. Dot notifikasi
Dengan Android Oreo, pengguna tidak akan terlepas daripada melihat notifikasi daripada sesebuah aplikasi yang terbina dalam telefon pintar. Pintasan ini membolehkan pengguna menerima notifikasi daripada aplikasi yang diletakkan pada ‘homescreen’ telefon. Hanya perlu menekan lama ikon aplikasi dan not notifikasi akan muncul dengan beberapa pintasan dan notifikasi.
3. Perlindungan Google Play.
Ciri keselamatan Android kini dipertingkatkan dengan Android Oreo. Peranti pengguna kini lebih selamat dengan Google Play Protect dibina. Setakat ini, pasukan Android telah mengimbas lebih 50 bilion aplikasi pemasangan setiap hari. Menerusi perlindungan ini, pengguna akan menerima laporan, memaparkan imbasan terbaru dan sekiranya terdapat sebarang masalah yang dijumpai.
Sistem operasi yang lancar memang menjadi keutamaan setiap pengguna masa kini. Menerusi Android Oreo, anda boleh melakukan tugas dengan lebih cepat berbanding sebelumnya. Kelajuan 'boot' kini lebih pantas sehingga dua kali lebih cepat pada Google Pixel. Sebaik peranti dikuasakan, Autofillon Android Oreo menjalankan kerja seperti log masuk untuk membawa anda ke aplikasi kegemaran anda dengan lebih cepat.
Penggunaan Emoji menjadi kegilaan pengguna seluruh dunia ketika ini. Bagi pengguna di luar negara seperti Amerika Syarikat, emoji adalah satu perkara penting dalam setiap perbualan sosial media. Disebabkan itu juga ramai daripada mereka lebih memilih sistem iOS berbanding Android. Disebabkan itu juga Android Oreo mula memperkemas kini rekaan emoji mereka. Sebanyak 60 emoji baharu diperkenalkan dan kesemua mereka telah direka semula sepenuhnya.
TELEFON PINTAR NAIK TARAF
Selain daripada empat fungsi yang diperkenalkan menerusi laman rasmi Android ini, terdapat juga fungsi dalam lain yang sebelum ini sudah dilancarkan dalam versi beta untuk pembangun Android. Antaranya adalah limitasi aplikasi dalaman bagi penjimatan bateri, penambah baik bluetooth audio, kemas kini antaramuka media notifikasi dan fungsi mengubah bentuk ikon aplikasi.
Seperti biasa, kemas kini Android selalunya akan diperoleh oleh semua peranti di bawah Google termasuk keluarga siri Nexus dan pastinya jenama Pixel. Google menyatakan Android 8.0 akan mula dilancarkan kepada semua peranti Pixel dan Nexus dalam tempoh terdekat.
Malah, Google juga menyatakan bahawa mereka sudah bekerjasama dengan syarikat pembuat telefon pintar termasuk Huawei, HTC, Essential, General Mobile, HMD Global, Kyocera, LG, Motorola, Samsung, Sharp, dan Sony bagi menaik taraf peranti ke Android Oreo. Sejauh mana pantasnya kemas kini ini, kita sama tunggu dan lihat.

