,
Skop

Penternak Kehilangan RM1 Juta Dalam Sekelip Mata

K. Mala
21/06/2017
04:53 MYT
Dalam sekelip mata seorang penternak langsung tidak menyangka akan mengalami kerugian lebih RM1 juta selepas 73,000 anak ayam dipercayai baru berusia tiga hari rentung dalam kebakaran reban yang berlaku, kelmarin.
Kejadian terbabit dilaporkan berlaku di Tanjung Sembrong, Yong Peng, Johor sekitar jam 7 pagi dan kebakaran dipercayai berlaku berpunca apabila satu daripada tong silinder gas oksigen yang digunakan mengalami kebocoran sebelum meletup.
Penternak berusia 50 tahun itu yang sudah lebih 20 tahun mengusahakan perniagaan ternakan tersebut melahirkan perasaan sedih memikirkan nasib yang menimpanya sehingga terpaksa menanggung kerugian yang besar. Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa mahu pun kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Asroy Mohd Yahaya, pihak bomba menerima panggilan sekitar pukul 7.40 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan sembilan anggota dengan dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Air Hitam.
Pihak bomba berjaya mengawal api kira-kira jam 8 pagi dan pihaknya turut menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian yang memusnahkan reban ayam setinggi dua tingkat itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: “Dua Kali 'Flushing', Mangsa Belum Dijumpai” – DBKL

gempak
26/08/2024
01:55 MYT
Sebanyak dua kali teknik 'flushing' dilaksanakan bagi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga asing yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, ibu negara, sejak petang Ahad.
Berita

Ini Lima Tragedi Tanah Jerlus Yang Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
25/08/2024
18:55 MYT
Insiden seorang wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India, Kuala Lumpur yang berlaku baru-baru ini ternyata mengejutkan negara.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: “Operasi Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Di Pembetung” - Bomba

gempak
24/08/2024
09:06 MYT
Meskipun arus air tidak deras dan paras air tidak begitu tinggi namun gas beracun yang berada dalam pembetung membahayakan pasukan mencari dan menyelamat.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: “Tolong Selamatkan Ibu Saya!” - Rintihan Anak Sulung Mangsa

gempak
23/08/2024
15:31 MYT
"Tolong selamatkan ibu saya!" Itu rintihan anak sulung mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India
Viral

Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi

gempak
24/04/2024
04:12 MYT
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.