Bermacam cara dilakukan masyarakat ketika ini untuk menjana pendapatan khususnya menerusi bisnes. Berbeza dengan situasi sebelum ini apabila perniagaan lebih bersifat fizikal seperti gerai dan sebagainya kini ramai yang beralih mengusahkan perniagaan secara dalam talian ('online').

Namun, mungkin anda tahu ada satu lagi bisnes paling menguntungkan yang hanya boleh dikategorikan 'goyang kaki' iaitu menyewa penginapan sendiri kepada orang lain.

Meskipun bisnes ini lebih dikenali sebagai 'homestay' tapi ada segelintir difahamkan bertindak secara senyap-senyap melakukan perniagaan ini tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Mungkin tindakan ini bertujuan mengelak untuk dikenakan cukai atau lesen perniagaan tapi tahukah anda bisnes ini juga perlu didaftarkan.

CETUS ISU GANGGUAN PADA PENDUDUK

Akiviti 'homestay' ini yang lazimnya dijalankan pada jenis kediaman seperti banglo, pangsapuri mahupun kondominium semakin menarik perhatian ramai kerana kadar bayaran sewanya dikatakan lebih berbaloi jika bercuti bersama anggota keluarga atau bilangan tetamu yang ramai.

Apa yang memberi kelebihan adalah tetamu bukan saja menyewa sebuah rumah termasuk lebih daripada satu bilik dan bilik air tetapi boleh memasak dan bersantai di ruang tamu seperti berada di rumah sendiri.

Bisnes 'senyap-senyap' ini ada kalanya tidak diketahui jiran meskipun menyedari penghuni dan kenderaan yang keluar masuk untuk unit rumah tersebut bertukar dari masa ke semasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengakui aktiviti ini yang digelar penginapan jangka pendek ('short term rental' - STR) menjadi salah satu aktiviti ekonomi yang popular dalam menjana pendapatan kepada masyarakat di negara ini khususnya di kawasan perumahan dan bangunan kediaman berstrata.

Aktiviti ini juga semakin aktif apabila ia dipromosikan menerusi laman sesawang dan media sosial termasuk Airbnb, HomeAway, iBilik dan sebagainya. Apa yang membimbangkan, aktiviti ini mendorong kepada beberapa isu seperti gangguan, keselamatan dan kebersihan.

PENGUSAHA KENA DAFTAR

Ramai pengunjung memilih penginapan 'homestay' seperti rumah yang lebih selesa untuk didiami.


Sehubungan dengan itu, DBKL dalam satu kenyataan baru-baru ini menyarankan agar bisnes ini didaftarkan dengan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Fadzilah Abd Rashid berkata, DBKL mengambil langkah pengawalan dan pemantauan secara proaktif membabitkan pendaftaran STR ini di kawasan Kuala Lumpur agar pengusaha bisnes ini menjalankan perniagaan secara sah.

Semua pengusaha yang mahu mendaftar perniagaan ini boleh berbuat demikian secara dalam talian menerusi sistem e-Lesen DBKL. Pendaftaran ini boleh dibuat sepanjang tahun ini bermula bulan ini.

DBKL memaklumkan maklumat asas pendaftaran bisnes ini adalah seperti berikut:
DAFTAR UNTUK KAJIAN

DBKL menyatakan tujuan pendaftaran bisnes ini adalah untuk kajian yang dijalankan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang membolehkan pengusaha terbabit menjalankan bisnes secara sah.

Mereka yang enggan mendaftar boleh dianggap telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sediada yang dikuatkuasakan pihak DBKL.

Apa yang diharapkan DBKL agar program pendaftaran aktiviti STR ini mendapat kerjasama semua pengusaha.

Malah, tindakan mendaftar ini juga penting sebagai peringatan pada semua pengusaha agar tidak menjalankan bisnes STR secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

SENANG DAPAT, LEBIH MUDAH

Di zaman kecanggihan telefon pintar sebagai medium utama komunikasi dan mendapatkan maklumat dari mana saja, perkhidmatan 'homestay' seperti ini cukup mudah untuk ditemui sama ada menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Akaun Facebook, Homestay Malaysia antara platform yang popular untuk mencari mana-mana lokasi penginapan yang ingin dituju.

Daripada pemantauan Rojak Daily Skop!, sesiapa saja boleh menyertai 'page group' ini dan seterusnya melakukan carian lokasi yang diinginkan sama ada mencari sendiri atau menyatakan soalan lokasi secara rambang di 'page' tersebut.

Ramai pengusaha juga bertindak mempromosikan destinasi penginapan mereka termasuk gambar, lokasi dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Bagaimanapun, platform ini bukan hanya bertujuan promosi semata-mata tetapi ada pelanggan yang berkongsi maklumat mereka ditipu pengusaha 'homestay'.

Difahamkan, modus operandi pengusaha penipu ini adalah dengan mengakui mempunyai lokasi penginapan sebelum mengambil bayaran pada harga murah dan meminta deposit untuk dimasukkan ke dalam bank. Namun, pelanggan menyedari tertipu apabila penginapan tersebut tidak wujud.

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihatkan agar mengikut beberapa 'tips' penting ini: