Hari ini seluruh umat Islam telah pun mula menunaikan ibadah puasa.

Puasa menahan diri dari makan dan minum dan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Untuk kita berpuasa, antara perkara perlu dititik beratkan adalah sahur.

Bagi anda yang berkeluarga, mungkin mudah. Namun bagi golongan bujang, mungkin sedikit bantuan diperlukan.

Rojak Daily Skop! senaraikan lima aplikasi yang bermanfaat untuk menunaikan ibadah ini.

1. MUSLIM PRO

Rating paling tinggi!
Kalau anda mencari aplikasi ramadan yang mempunyai rating paling tinggi, Muslim Pro satu daripadanya. Aplikasi ini telah pun dikemas kini pada versi 2018 bagi menyelaraskan waktu solat mengikut lokasi.

Oleh itu, anda akan menerima waktu solat lebih tepat. Terdapat juga waktu puasa merangkumi Imsak dan Iftar untuk rujukan anda pada Ramadan kali ini.

Anda boleh muat turun aplikasi terbabit di sini, Android dan iOS.

2. RAMADAN 2018

Jadual waktu solat dan imsak
Satu lagi aplikasi yang berguna. Anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk pelbagai tujuan ibadah. Tetapkan alarm iftar dan dengar ayat suci Al-Quran serta doa sempena ramadan semua dalam aplikasi ini.

Anda boleh muat turun aplikasi terbabit di sini, Android dan iOS.

3. RAMADAN 2018 - PRAYER TIMES, QIBLA, ATHKAR & DUAA

Antaramuka juga amat cantik
Untuk waktu imsak dan berbuka, anda akan mendapat waktu yang tepat mengikut lokasi anda berada.

Begitu juga waktu solat dan qiblat. Menariknya mengenai aplikasi ini, terdapat himpunan 34 doa khusus buat bulan puasa.

Anda boleh muat turun aplikasi terbabit di sini Android.

4. RAMADAN KAREEM 2018

Antaramuka paling kemas dan cantik.
Antara aplikasi Ramadan paling stylish menerusi 'user interface' yang lebih mudah.

Selain mempunyai penetapan masa bagi solat, dan waktu berbuka ia juga menyediakan senarai 99 nama Allah berserta maksdunya.

Anda boleh muat turun aplikasi terbabit di sini, Android.

5. ISLAMIC CALENDAR RAMADAN 2018


Berkemungkinan aplikasi Ramadan paling menyeluruh.

Aplikasi ini bukan hanya menyediakan kalendar islam, malah turut mempunyai fungsi kompas arah Qiblat, Azan, Doa, dan kad ucapan islamik.

Malah ia turut menyediakan fungsi kiraan zakat untuk anda. Selain itu ia turut membolehkan anda menetapkan peringatan jika terdapat restoran halal dan majid berdekatan.

Anda boleh muat turun aplikasi terbabit di sini, Android.