Jika ada kategori komputer riba paling ringan dan cantik, mungkin antara jenama yang tercalon atau menjadi pilihan adalah Acer Swift!

Anda harus cuba pegang dan guna peranti ini, pasti anda boleh faham mengapa model Swift ini menjadi bualan ramai.

Namun, itulah yang menjadi kekuatan utama siri daripada Acer ini. Sejak pengenalan Swift 3 dan 7, komputer riba ini memang mencuri tumpuan.

Bukan hanya nipis, malah beratnya lebih ringan berbanding jenama lain.

KEHADIRAN KELUARGA BARU SWIFT

Acer menaik taraf Swift 5 dengan penggunaan Intel generasi kelapan.
Terbaru Acer memperkenalkan ‘keluarga’ baru Swift iaitu Acer Swift 5 yang telah memasuki pasaran Malaysia bermula hari ini.

Selepas hangat diperkatakan pada Acer GPC tahun lalu, model ini akhirnya memasuki pasaran Malaysia dengan dua variasi iaitu model Intel Core i7-8550U dan Core i5-8250U generasi ke-8!

Dengan ketebalan hanya 14.9 mm dan berat hanya 970 gram, komputer riba ini direka untuk mereka yang tidak menggemari peranti yang berat.

Untuk spesifikasi ini, paparan skrin pula menggunakan panel beresolusi 1080p bersaiz 14 inci dengan pengunaan bezel yang sangat minima. Malah, dengan Acer Color Intelligence, warna dihasilkan lebih menyerlah!

DILENGKAPI DOLBY, PENGIMBAS CAP JARI

Turut dilengkapi pembesar suara Dolby.
Bagi kapasiti bateri, peranti ini menawarkan penggunaan tempoh selama 8 jam dengan sekali cas.

Turut melengkapi penghasilan peranti ini adalah papan kekunci ‘backlit’ dan pengimbas cap jari dan pembesar suara yang dikuasakan oleh Dolby audio.

Bagi aspek memori pula Acer Swift 5 hadir dengan RAM sebesar 8GB dan storan 256GB SSD. Kamera web dan dua port USB-A 3.0 dan satu port USB-C 3.1 turut diterapkan.

Acer Swift 5 hadir dengan dua model masing-masing berharga RM3,799 dan RM4,599 serta menggunakan cip pemprosesan Intel generasi ke-8!