Skip to main content

Market Trends

Selepas Kes Meletup, Samsung Bangkit Semula Bersama ‘Senjata’ Terhebat

samsungnote7.jpg
Telefon pintar, Samsung Galaxy Note 7 dilancarkan sekitar Ogos tahun lalu dan Malaysia antara negara terawal menerima pra-tempahan. Bagaimanapun, belum sempat Note 7 menempa kejayaan, ia terpaksa ditarik semula berikutan kes letupan pada sesetengah unit peranti terbabit.
 
Bagi mengubati kekecewaan itu, Samsung membuat ‘comeback’ dengan melancarkan semula model ‘refurbished’ dikenali sebagai Galaxy Note 7 Fan Edition (FE). Bagaimanapun, buat masa ini Note 7 FE dikeluarkan dalam jumlah yang terhad untuk pasaran Korea Selatan dan Samsung masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap pemasaran secara global.
 
Rojak Daily Skop! merungkai semula kelebihan Note 7 ini dan kenapa ia patut menjadi pilihan pengguna berbanding model dan jenama lain sekiranya ia 'mendarat' di Malaysia nanti.

1. Fungsi baru Galaxy S8 banyak diceduk daripada Note 7

Fungsi pengimbas mata atau Iris Scanner pada S8 sebenarnya terlebih dahulu digunakan pada Note 7.

Jangan salah faham, sebenarnya perkara ini normal terutamanya untuk model flagship. Namun, jika anda rasa Galaxy S8 terlalu mahal, anda sebenarnya boleh memilih Note 7. Fungsi pengimbas mata atau Iris Scanner pada S8 sebenarnya terlebih dulu digunakan pada Note 7.

Ia hampir serupa dengan kaedah pengimbas cap jari, Iris Scanner memfokuskan aspek keselamatan telefon. Selain berfungsi sebagai cara untuk 'unlock' telefon, Iris Scanner turut digunakan untuk perlindungan folder gambar dan video anda. Antara fungsi lain adalah penghasilan gambar animasi (GIF) dan juga pilihan menentukan tahap resolusi paparan skrin.

2. Prestasi masih antara terhebat


Spesifikasi Samsung Note 7 FE hampir sama dengan model Galaxy S7 Edge.
 
Galaxy Note 7 secara dasarnya meneruskan legasi skrin besar dengan panel Amoled 5.7 inci (2560×1440). Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Exynos lapan teras (2.3Ghz + 1.6GHz) bersama memori 4GB RAM. Selain itu, buat pertama kalinya Note 7 menyediakan kapasti memori 64GB UFS 2.0 yang mampu di tambah dengan MikroSD. Spesifikasinya hampir sama dengan model Galaxy S7 Edge, jadi tiada masalah untuk digunakan beberapa tahun lagi.

3. Rekaan ‘symmetrical’ biarpun tiada paparan ‘Infinity Display’

Permukaan belakang dihasilkan secara ‘curve’ dan hampir selaras dengan skrin hadapan.
 
Sebelum kehadiran Galaxy S8, Note 7 memegang rekod peranti yang selesa di genggam biarpun mempunyai paparan skrin  besar. Bahagian bucu pada kerangka peranti ini agak bulat menyebabkan ia selesa di genggam. Begitu juga, apa yang lebih ditumpukan Samsung kali ini adalah rekaan ‘symmetrical’ pada bahagian hadapan dan belakang. Permukaan belakang dihasilkan secara ‘curve’ dan hampir selaras dengan skrin hadapan. Rekaan ini digelar 3D Curves.

4. Fungsi kamera masih antara terhebat

Sensor 12 megapixel dengan aperture f1.7 memberi kelebihan pada Samsung Note 7 FE.
 
Note 7 mewarisi kehebatan yang sama pada S7 Edge dengan menggunakan sensor 12 megapixel dengan aperture f1.7. Hasilnya adalah sama tetapi apa yang penulis lihat ia nampak lebih asli dan kurang proses ‘sharpening image’ yang agak ketara jika dilihat pada jarak dekat. Malah, jika dibandingkan dengan Galaxy S8 juga, tiada perbezaan ketara dapat dilihat dari segi spesikasi kameranya.

Kualiti gambar dihasilkan 'flagship' Samsung tidak dapat di sangkal. Malah, ia menerima kedudukan teratas dalam laman ujian kamera peranti mudah alih dan juga kamera digital, DXOmark. Galaxy S8 dan S7 edge masing-masing berada di kedudukan ketiga dengan skor 88 selepas Google Pixel (89) dan HTC U11 (90).

5. S Pen dan S Note kekal relevan ketika waktu memerlukan

Fungsi S Pen ini mungkin nampak gimik tetapi mempunyai kelebihan tersendiri.
 
Bukan Note namanya kalau tiada fungsi Stylus yang dinamakan S Pen ini. S Pen telah dinaik taraf tahap sensitivitinya kepada 4096 'level' selain tahap ketajaman ditingkatkan kepada 0.7mm. Berbanding Note 5, tekanan sensitivitinya hanya sebanyak 2,048 manakala pen sebesar 1.6mm.

Fungsi S Pen ini mungkin nampak seperti gimik oleh sesetengah pengguna tetapi sekiranya diperlukan dalam situasi tertentu mungkin anda berpuas hati memiki model ini. Bayangkan anda terpaksa menanda tangan dokumen yang dihantar dalam format PDF dengan kadar segera.
 

APA PULA KEKURANGAN NOTE 7 FE

Menjadi lumrah, tiada peranti yang dapat lari daripada kekurangan. Bagi edisi Note 7 FE ini, bateri Note 7 yang pada asalnya sebesar 3,500mAH dikurangkan kepada 3,200mAH. Malah, buat masa ini peranti ini hanya dipasarkan di Korea Selatan dan belum ada lagi pengumuman rasmi dari Samsung Malaysia.
 
Namun penulis merasakan tidak wajar sekiranya hanya Korea Selatan saja menerima edisi terhad ini kerana pengguna di Malaysia juga tersenarai dalam pra-tempahan pada tahun lalu. Difahamkan peranti ini dijual pada harga Won $699,600 (RM2,623). Mungkin juga Samsung patut memberi harga ‘kasih sayang’ tanda penghargaan kepada pengguna yang pernah membeli Galaxy Note 7 edisi ‘meletup’ terdahulu. Tiada yang mustahil, bukan.
 
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video