Tahukah anda bulan Mei dianggap sebagai bulan keramat bagi kesemua peminat tegar Star Wars?

Ini kerana tarikh 4 Mei telah diisytiharkan sebagai 'Star Wars Day'. Ia disambut bagi menghargai karya Star Wars yang dicipta George Lucas!

HADIAH BUAT PEMINAT TEGAR

Bata sekarang bukanlah Bata yang dahulu.
Bersempena hari penting berkenaan juga, Bata Malaysia semalam telah melancarkan satu koleksi khas bagi peminat semua yang dikenali sebagai Bata Heritage X Star Wars.

Koleksi terbabit merangkumi dua model iaitu Bata Tennis dan Bata Bullets.

Bata Bulltes hadir dengan jenis ‘high-top’ dengan dua variasi warna hitam dan putih. Bata Tennis pula dihiasi dengan grafik Darth Vador, R2D2 dan Storm Trooper.

Seperti model edisi khas lain, keluaran ini agak terhad dan hanya boleh didapati di butik KLCC sahaja.

HARGA JUGA AGAK SPECIAL!

Terdapat dua variasi warna model 'high-top'.
Sudah namanya edisi khas, pastinya harga tidak akan sama dengan kebanyakan produk Bata yang biasa anda beli. Bata Bullets berharga RM299 manakala Tennis adalah RM249.

Menerusi promosi dikeluarkan menerusi Instagram Bata Malaysia, anda akan mendapat beg edisi khas bagi setiap pembelian.

Mula dijual semalam, diharapkan koleksi ini masih ada untuk anda dapatkan segera.