Selepas pemanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh berjaya mencipta rekod baru Sukan SEA dan Kebangsaan pada pagi tadi, Malaysia turut berbangga apabila meraih pingat emas pertama menerusi acara sepak takraw.

Skuad chinlone negara menyumbang emas pertama buat Malaysia menerusi disiplin linking selepas menewaskan Filipina dalam Sukan SEA Ke-29 di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Pasukan negara yang dibarisi Muhammad Faiz Roslan, Ab Muhaimi Che Bongsu, Mohammad Kamal Aizzat Azmi, Izuan Affendi Azlan, Iskandar Zulkarnain Salim, Putera Aidil Israfil Kamaruzaman, Mohamad Azlan Alias dan Muhammad Zaim Razali muncul juara dengan pungutan 391 mata keseluruhan.

Pasukan sepak takraw negara berjaya menyumbang pingat emas pertama buat Malaysia.

Pingat perak menjadi milik Filipina yang mengumpul 271 mata di pentas final manakala Brunei ketiga dengan 157 mata. Malaysia bermula cemerlang untuk mengungguli pusingan pertama, berada jauh di depan dengan 197 mata dan Filipina mengumpul 133.

Pada pusingan kedua, skuad negara mengumpul 194, mengekalkan perbezaaan dengan Filipina yang mengumpul 138.

"Saya gembira. Setelah berlatih hampir setahun banyak perkara yang kami belajar di Myanmar dan memang kami menjangkakan memenangi emas.

"Memang saya berasa yakin untuk memenangi emas pertama ini kerana pemain menunjukkan prestasi baik ketika berlatih dan kami mampu menggapai emas," kata jurulatih pasukan, Muhammad Yusuf Abdullah.

PERBEZAAN MATA

Mengenai perbezaan mata yang ketara antara pasukan negara dengan Filipina, Muhammad Yusuf menyatakan faktor pihak lawan yang masih baru dalam acara tersebut memberi kelebihan pada Malaysia untuk menjadi juara.

"Filipina mungkin masih baru lagi dalam chinlone. Ketika kami berlatih di Myanmar dan mereka (Filipina) juga berlatih di sana.

"Saya lihat mereka masih baru lagi dan sebenarnya mereka membuat persiapan untuk menghadapi Sukan SEA seterusnya di Filipina," katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Hanya tiga negara mengambil bahagian dalam acara linking ini kerana peraturan Sukan SEA membataskan penyertan negara-negara luar kepada dua daripada empat disiplin dalam chinlone. Ini menjelaskan mengapa tiada penyertaan Myanmar dan Thailand dalam acara linking.

Malaysia sebagai tuan rumah boleh menghantar wakil dalam kesemua empat disiplin. Selain linking, tiga lagi disiplin lain yang dipertandingkan adalah same stroke, non-repetition primary dan non-repetition secondary.

Pada temasya dua tahun lalu di Singapura, Malaysia menang pingat gangsa dalam acara sama dan meraih perak menerusi acara non-repetition