Skip to main content

Market Trends

TUDM, RTAF Jalin Kerjasama Eksesais

thai_1.jpg

Jalinan kerjasama melalui eksesais secara bilateral antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Thai (RTAF) dilihat mampu memantapkan sistem pertahanan udara terutama dari ancaman penganas.

Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mutalib Ab Wahab berkata, operasi latihan dua negara terutama Eksesais AIR THAMAL Siri 27/2017 diuji selama 10 hari untuk mengetahui kemampuan mereka yang sebenar.

Menurutnya, pelaksanaan operasi tidak tertumpu kepada prosedur operasi udara semata-mata tetapi keupayaan aset-aset udara menerusi Field Traning Exercise (FTX) dan Command Post Exercise (CPX) yang turut  dinilai. Penggunaan Sistem  Simulasi Latihan Pertahanan Udara (AEDSIM) mampu meningkatkan hubungan dua hala, pengetahuan, keupayaan dan perkongsian pengalaman.

Datuk Seri Mutalib Ab Wahab (kiri) beramah mesra dengan pegawai yang menyertai latihan ketika menghadiri majlis Perasmian Penutup Eksesais AIR THAMAL 27/2017 di Pengkalan Tentera Udara Butterworth, semalam.

"Secara keseluruhan eksesais antara kedua negara ini berjaya mengabungkan operasi udara selain mampu membangunkan dan menguji prosedur dan proses Combine Air Headquarters (CAHQ) dan Combine Air Operation Center (CAOC)," katanya ketika ditemui selepas Perasmian Penutup Eksesais AIR THAMAL 27/2017 di Pengkalan Tentera Udara Butterworth di sini baru-baru ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Staf Udara RTAF Surasak Toong Tong, Mutalib menyatakan eksesais ini berjaya memupuk kepercayaan dua negara dalam aspek menjaga keamanan serantau termasuk pertahanan ruang udara dan mampu diperluaskan lagi dengan negara-negara lain seperti mana kerjasama sebelum ini dengan Perancis, Amerika Syarikat dan Australia," katanya.

Must Watch Video