,
Skop

Walau Tinggi Nilai Bauksit, Kesihatan Orang Ramai Jauh Lebih Penting

Sufiah Akmal
12/07/2017
02:00 MYT
Masihkah anda semua ingat tentang isu perlombongan bauksit yang pernah mengemparkan negara ini pada penghujung tahun 2015? Isu itu bermula apabila perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang teruk di daerah tersebut.
Ia gara-gara kegagalan pelombong mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya sehingga Kuantan digambarkan seperti planet Marikh kerana dicemari debu merah. Antara kecuaian pelombong ketika itu termasuk tidak menggunakan lori yang dapat menutup debu bauksit daripada bertebaran ketika ia dibawa ke pelabuhan.
Bauksit yang dihantar ke pelabuhan tidak disimpan dengan sempurna sehingga menyebabkan bijih itu memasuki laut dan air bertukar merah.
Susulan itu, kerajaan mengenakan moratorium perlombongan bauksit di Kuantan selama enam bulan bermula Januari 2016 bagi membolehkan satu pelan penyelesaian pencemaran dilaksanakan.
APA ITU BAUKSIT?
Bauksit adalah bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Ia dieksport ke luar negara untuk perusahaan tersebut.
Pakar Perunding Kesihatan Awam dan Toksikologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Hasni Jaafar dalam satu artikel pernah menerangkan tentang bauksit. Bijih itu mengandungi aluminium hidroksida, ferum oksida, titanium oksida dan silika reaktif sebagai kandungan utama semula jadinya.
Menurutnya, pendedahan terlalu lama seseorang manusia ke atas semua unsur-unsur tersebut boleh mengundang penyakit seperti alzheimer, parkinson, koroidatis, radang paru-paru dan lain-lain.
TAHUKAH ANDA BERAPA HASIL BAUKSIT?
Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini menyatakan perlombongan bauksit dan ilmenit di negara ini menyumbang nilai 'output' kasar sebanyak RM1,773.1 juta berbanding RM10.4 juta pada 2010. Hasil ekonomi bauksit itu terkandung dalam laporan berhubung prestasi sektor perlombongan dan pengkuarian di Malaysia pada tahun 2015 berdasarkan Banci Ekonomi 2016.
Perlombongan bauksit dan ilmenit turut dilaporkan mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 179.6 peratus. Menurut laporan itu, bauksit tergolong dalam subsektor perlombongan mineral termasuk emas, batu arang, bijih besi, bijih timah, ilmenit, pembilasan amang dan perlombongan lain.
Nilai output kasar bagi keseluruhan sektor itu berjumlah RM10,667.2 juta dengan CAGR sebanyak 18.9 peratus setahun dalam tempoh 2010 dan 2015. Subsektor pengkuarian pula merujuk kepada pengkuarian granit, batu kapur, pengekstrakan pasir dan pengkuarian batu lain.
"Secara keseluruhan, sebanyak 869 pertubuhan yang terlibat dalam sektor perlombongan dan pengkuarian pada tahun 2015 berbanding 402 pertubuhan pada tahun 2010," katanya dalam satu kenyataan media.
Jumlah pekerja bagi sektor itu pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 16.1 peratus (40,656 orang) dengan gaji dan upah sebanyak RM1,209.8 juta.
KESIHATAN LEBIH PENTING
Walau berapa tinggi nilai bauksit yang boleh terhasil, kesihatan orang ramai jauh lebih penting untuk diberi perhatian oleh semua termasuk pihak berkuasa.
Apa yang penting, SOP yang sepatutnya perlu diterapkan dalam setiap bidang atau industri bagi memastikan ia tidak mengundang risiko kesihatan ke atas rakyat.
Kita tidak mahu insiden 'planet marikh' di Kuantan berulang gara-gara kegagalan pihak industri mengambil peduli tentang alam sekitar. Seperti apa yang diperkatakan Dr Mohd. Hasni: "Jangan disebabkan wang, kesihatan masyarakat diabaikan."
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Hiburan

Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."

gempak
09/10/2024
18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
Gaya Hidup

MY Gaya Month 2024 Martabatkan Barangan Buatan Malaysia

gempak
09/10/2024
18:26 MYT
Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) telah melancarkan kempen MY Gaya Month 2024, yang bertujuan untuk menonjolkan serta mempromosikan barangan buatan Malaysia melalui produk fesyen, gaya hidup, dan pelancongan.
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
BorakSeeni