Selebriti sensasi Noor Neelofa yang mempertahankan trofi tertinggi dalam Anugerah Meletop Era (AME) 2018, Top Top Meletop mengakui berdepan dua lagi saingan terdekat iaitu aktres, Nur Fazura dan seorang lagi pelakon, Farah Nabilah.

Antara pencabar terdekat Neelofa.

Pelakon, hos dan usahawan jelita itu membuat pengakuan sedemikian ketika ditemui Rojak Daily Kaw! pada sidang media selepas majlis penganugerah pilihan peminat yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Neelofa yang memenangi kategori wanita itu bagaimanapun melihat persaingan di antara sesama rakan seperjuangan di dalam industri hiburan sebagai suatu realiti yang perlu dihadapi sebagai anak seni.

Semua ada fan base yang kuat.

"Bagi saya persaingan adalah realiti dan saya pasti semua orang percaya dengan apa yang saya rasa. Fazura bukanlah nama asing dalam industri dengan anugerah yang dimenanginya, malam tadi, bukan mustahil untuk dia meraih trofi utama.

"Begitu juga Farah Nabilah yang diligat mempunyai kelebihan dari segi undian selain berbakat dalam lakonan sehingga meraih perhatian ramai. Setiap seorang daripada mereka juga disokong oleh ‘fan base’ yang kuat.

"Namun tidaklah bermaksud saya kurang yakin terhadap diri sendiri, sebaliknya sebaliknya saya realistik. Apa pun pada akhirnya, ia berbalik kepada rezeki, " katanya yang lebih awal diumumkan sebagai pemenang Fesyen Meletop.

Drama Red Velvet lakonan Neelofa turut menang.

Lebih manis, pengacara program Meletop itu turut membolot dua lagu trofi, Pelakon TV Meletop selain naik sekali lagi di penras apabila drama lakonannya, Red Velvet memenangi kategori Drama Meletop.

Fazura yang tidak hadir pada malam kemuncak AME 2018 disebabkan pertembungan jadual dengan perkara lain diumumkan sebagai Bintang Filem Meletop manakala Farah Nabilah pula yang meraih trofi Artis Baharu.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai sama ada kontroversi yang menimpa meninggalkan impak buruk terhadap diri, Neelofa lebih optimis apabila menganggap publisiti buruk perlu dilihat dari sudut positif.

Bagi pemilik empayar perniagaan yang bernilai jutaan ringgit itu, dirinya bertuah dikelilingi aura positif menerusi sokongan ahli keluarga dan peminat yang sentiasa berdiri teguh serta tidak lari meninggalkannya pada saat sukar.

Arif Jiwa Asyraf.

“Setiap insan pasti melalui saat suka duka tidak terkecuali diri saya. Namun apabila berdepan kecaman, saya nampak masih ramai berdiri teguh di belakang dan mereka inilah yang sama-sama bekerja keras mengukuhkan kerjaya saya.

“Matlamat saya tetap sama. Selagi mampu saya akan terus kuatkan hati, cekalkan semangat dan terus berusaha demi kerjaya seni serta bisnes saya sekali gus menjadi inspirasi kepada orang lain," ulas jelitawan berusia 29 tahun itu.

Tetap tabah dan cekal menghadapi kecaman.

Menerusi kemenangannya, Neelofa atau mesra dengan panggilan Lofa membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi.

Pada masa sama, anugerah Top Top Meletop bagi kategori lelaki pula dimenangi penyanyi yang popular dengan lagu Luluh, Khai Bahar, 24. Khai turut membolot dua trofi lain iaitu kategori Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop.

Top Top MeleTOP Lelaki milik Khai Bahar.

Senarai penuh pemenang AME2018

Artis Baharu MeleTOP - Farah Nabilah

Si Cilik MeleTOP - Arif Jiwa Asyraf

Couple MeleTOP - Jep Sepahtu & Sari Yanti

Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era

Johara ungguli program radio.

Penyampai Radio MeleTOP - Johan (Era)

Program MeleTOP - Sepahtu Reunion Live 2017

Hos MeleTOP - Nabil MeleTOP

Artis Lawak MeleTOP - Zizan Razak

Drama MeleTOP - Red Velvet

Pelakon MeleTOP - Neelofa

Grup/Duo MeleTOP - Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Penyanyi MeleTOP - Khai Bahar

Zizan menang buat tahun kedua.

Lagu MeleTOP - Bayang (Khai Bahar)

Filem MeleTOP - J Revolusi

Bintang Filem MeleTOP - Nur Fazura (J Revolusi)

Top Top MeleTOP (Lelaki) - Khai Bahar

Top Top MeleTOP (Wanita) - Neelofa

Nota: Semua gambar-gambar AME2018 diambil menggunakan telefon pintar dengan kamera terbaik, Huawei P20 Series. Pakar Fotografi Yang Mengizinkan Anda See More!