Bukan Pertaruhan Vokal Semata-Mata, Ini Fakta Menarik Tentang Peserta The Hardest Singing Show!
Bakal memulakan saingan pada konsert pertama, Ahad ini, The Hardest Singing Show mengangkat format pertandingan berbeza dimana peserta akan mempertaruhkan bukan hanya sekadar kualiti nyanyian, namun kreativiti ‘shownmanship’ peserta.
Peserta bebas untuk mengasah kreativiti masing-masing setiap minggu bagi menghasilkan “Wow Moment” yang mampu menambat hati juri.
Sebelum itu, jom min kongsi fakta menarik barisan peserta hebat yang bakal beraksi di pentas The Hardest Singing Show nanti.
Kaka Azraff
Penyanyi yang popular dengan rantaian lagu hit seperti Bawaku Pergi, Bukan Hal Aku dan Gila itu pernah dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 35 sekali gus membuktikan kemampuannya dalam persada bidang seni.
Kali ini di THSS pasti Kaka bakal buat kerja ‘gila’ dalam nyanyian yang dipersembahkan.
Aisha Retno
Pernah ‘terbang’ setinggi 30 kaki di pentas pertandingan muzik terkenal, penyanyi muda berusia 23 tahun ini akan mengejutkan penonton dengan persembahannya di setiap cabaran tema mingguan THSS.
Aepul Roza
Putera Muhammad
Bintang berusia 32 tahun ini pernah mendapat tempat ketiga program Big Stage musim kelima. Kali ini juga, Putera Muhammad pasti akan mendominasi persembahan dengan kreativiti luar batasan!
Datin Alyah
Pernah terlintas ingin sertai program Gegar Vaganza (GV), namun terpaksa ditolak kerana ingin elak konflik peribadi disebabkan ketua juri disandang oleh suaminya Datuk Ramli MS
Namun, THSS bakal memberi ruang kepada bintang ini untuk tonjolkan potensi sebenar dirinya!
De Fam
Pertama kali beraksi di pentas realiti nyanyian, kumpulan De Fam akan menakluki potensi diri dengan aksi persembahan dan nyanyian di luar imaginasi.
Zizi Kirana
Tidak dapat disangkal lagi penyanyi bertubih genit ini amat terkenal dengan kelincahannya ketika beraksi di pentas.
Di THSS, pasti Zizi akan serlahkan potensi nyanyian persembahannyadi luar jangkauan.
Stacy
Penyanyi kelahiran Sabah ini sudah tidak asing dengan persembahan tariannya yang bertenaga dam memukau.
Baru sahaja dinobatkan sebagai Juara The Masked Singer Musim ke 4, kalau selama ni tak cukup JAHAT, Stacy akan keluarkan kejahatan dalam setiap persembahan.
Ayda Jebat
Akhir sekali, pelantun lagu Pencuri Hati ini pernah dinobat sebagai Juara The Masked Singer Musim ke 3. Untuk pertandingan ini, Ayda pasti bakal ‘mencuri hati’ anda dengan nyanyian aksi berani nya di pentas THSS.
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Jadi, adakah kehebatan tarian Stacy, Ayda Jebat dan De Fam akan membuatkan showmanship mereka setaraf Grammy seperti yang dicari juri profesional Edry?
Mampukah kekuatan vokal Datin Alyah, Aepul Roza dan Putera dapat memanipulasikan lagi kreativiti pentas persembahan setanding pementasan muzikal Puteri Gunung Ledang, Ola Bola dan sebagainya?
Dapatkan Aisha Retno, Zizi Kirana dan Kaka menguasai pentas 360 darjah dengan penggunaan props, kesan khas dan keunikan untuk menggegarkan persembahan mereka atas pentas?
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.