The Hardest Singing Show
THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen Positif Daripada Edry
Konsert minggu kedua The Hardest Singing Show (THSS) yang membawakan tema Revolu-sihat berlangsung dengan hangat pada malam ini menyaksikan persaingan sengit antara sembilan finalis.
Antara momen yang menarik perhatian penonton pada konsert malam ini adalah persembahan daripada penyanyi berbakat, Aepul Roza.
Solidariti Faisal Halim
Merupakan peserta keempat melakukan persembahan, Aepul Roza mempersembahkan lagu Panas nyanyian asal Gigi.
Diberi cabaran membuat persembahan dengan bola sepak dan trampoline, Aepul tampil mendedikasikan persembahan dengan tema solidariti untuk pemain bola sepak Faisal Halim.
Pada minggu ini, Aepul memukau para penonton apabila dia menyanyi sambil melompat di atas trampoline melakukan persembahannya.
Bukan itu sahaja, Aepul turut mengakhiri persembahan dengan menulis tulisan ‘Solidariti untuk Faisal Halim #HentikanKegenasan'.
Persembahan bertenaga penyanyi berusia 36 tahun itu telah mendapat standing oviation daripada semua barisan juri dan diikuti dengan sorakan gemuruh penonton.
Edry beri perfect 10
Bukan itu sahaja, persembahan tersebut turut meraih pujian daripada juri, Edry Abdul Halim yang melabelkan persembahannya itu sebagai ‘Perfect 10’.
Sekadar info, Aepul pada minggu lalu menduduki tempat kedua pada konsert pembukaan minggu pertama The Hardest Singing Show.