The Hardest Singing Show

THSS: Kaka Azraff Kongsi Sebab Kenapa Tertarik Untuk Sertai Rancangan Ini - “Sesuai Dengan Misi Saya..”

Umirah Halim
12/05/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
THSS: Kaka Azraff Kongsi Sebab Kenapa Tertarik Untuk Sertai Rancangan Ini - “Sesuai Dengan Misi Saya..”
Bakal terlibat dengan program terbaharu, The Hardest Singing Show, penyanyi Kaka Azraff berkata, pada awalnya dia tidak yakin untuk menyertai rancangan terbitan Astro itu.

Kaka tertarik konsep program

Bagaimanapun selepas diberi penerangan, dia tertarik dengan konsep program ini yang mengutamakan kreativiti.
"Kalau utamakan vokal memang saya balik dulu, tetapi sebab program ini berlainan, maka saya bersetuju untuk sertai,” kongsinya ketika ditemui Gempak.

Platform buat Kaka

Sementara itu, Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
"Dalam masa sama, saya sertai program ini sebab anak-anak dan melihat program ini sebagai satu platform yang baik dan sesuai dengan misi saya untuk kembangkan kerjaya," tambahnya lagi.
Kaka berkongsi perkara demikian selepas majlis Sidang Media Rancangan The Hardest Singing Show di Mid Valley City, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Kaka, antara lain yang menyertai program tersebut adalah Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam.
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. * Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. * Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow. * Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

Berita Trending: Bukan Pertaruhan Vokal Semata-Mata, Ini Fakta Menarik Tentang Peserta The Hardest Singing Show!

Berita Trending: THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar