Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Datuk Buat Video Macam Tu Mungkin Views Banyak & Datuk Tambah Kaya, Tapi Kaya Tak Bawa Kubur” - Ustaz Adnin

Izwan Isa
25/04/2022 07:50 MYT
Nampaknya, ramai yang menegur tindakan pengusaha kosmetik dan usahawan selebriti Datuk Aliff Syukri selepas beliau meluncurkan lagu raya dan klip video Kelepok Raya.

Selepas beberapa selebriti dilihat mengkritik tindakan Aliff, kini tiba giliran Ustaz Adnin memberikan pandangan terhadap klip video berkenaan.

Menerusi sesi soal jawab yang dilakukan di Instagram, Ustaz Adnin mempersoalkan kenapa Aliff menggunakan nikmat pemberian Allah SWT ke jalan yang tidak elok.

BACA: “Bersongkok Tapi Pakai Singlet?” - PU Syed Kasi ‘Tazkirah’ Free, Mohon Aliff Syukri Hormati Kemuliaan Ramadan

“Datuk, Datuk dah kaya, macam-macam nikmat Allah bagi kat Datuk. Kenapa Datuk gunakan nikmat yang Allah bagi tu untuk buat buat benda yang Allah larang. Kenapa Datuk, kenapa?.

“Yes mungkin Datuk buat video-video macam tu mungkin views banyak dan Datuk bertambah kaya. Tapi kaya ni tak bawak kubur Datuk. Percaya cakap saya, akhirnya iman amal kita yang bawa ke kubur,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Adnin turut mencadangkan kepada Aliff supaya menggunakan platformnya ke jalan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Allah bagi nikmat kat Datuk ada duit banyak followers ramai. Gunakan nikmat tu untuk ajak buat baik. Sampaikan mesej yang baik… Tapi kenapa Datuk gunakan followers yang ada untuk sebarkan benda-benda yang tak elok macam tu? Sebarkan budaya-budaya yang tak elok macam tu?

BACA: “Perlu Ke Scene Macam S*x Org* Tu?” - Melampau! Michael Ang Kritik Video Aliff Syukri, Risau Tempias Watak 'Lembut' Kena Ban Di TV

“Mungkin sebab ramai orang suka… Ramai orang support sebab tu Datuk buat. Nasihat saya kepada netizen, janganlah support benda-benda yang tak elok. Supportlah benda yang baik, kita sama-sama ajak kepada kebaikan dan cegah kemungkaraninsya-Allah,” katanya.

Selain itu, Ustaz Adnin turut berpesan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran, zikir, solat, doa, sedekah. Tambahnya, jika mahu berhibur sekalipun, berhiburlah dengan hiburan yang mendekatkan diri kepada Allah.

A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)

#Aliff Syukri #Kubur #Kaya #Ustaz Adnin #Kelepuk Raya #Salam Muslim 2022
;