Skip to main content

Selebriti

Siap Minta Tunjuk Buku Pink, Suami Buat Laporan Polis Selepas Pekerja Pusat Beli Belah Terkenal Didakwa Tuduh Isteri Mencuri - "Ini Baru Permulaan"

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Seorang wanita sarat hamil dituduh mencuri tanpa bukti di sebuah pusat beli-belah, menyebabkan pengalaman membeli-belahnya menjadi memalukan.
  • Suami wanita tersebut membuat laporan polis dan berkongsi kisah ini di media sosial untuk mempertahankan maruah isterinya serta mendapat sokongan ramai.
  • Lelaki itu berharap insiden ini menjadi pengajaran agar kejadian serupa tidak berulang kepada ibu mengandung atau orang lain pada masa depan.
Advertisement

Detik membeli-belah yang sepatutnya menyenangkan bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang wanita sarat hamil selepas dia didakwa dituduh mencuri di sebuah pusat beli-belah terkenal.

Perkara tersebut tular di media sosial selepas suami wanita berkenaan tampil berkongsi pengalaman yang memalukan itu di Threads miliknya.

Advertisement

Susulan insiden tersebut, lelaki berkenaan  memilih untuk tidak berdiam diri dan akhirnya membuat laporan polis bagi melindungi maruah isterinya.

"Alhamdulillah, hari ni saya dah ambil langkah pertama. Apa yang berlaku pada isteri saya bukan perkara kecil untuk saya tutup mata. Maruah seorang wanita yang sedang sarat mengandung dipijak dengan satu tuduhan yang langsung tiada bukti.

"Saya percaya pada proses. Saya percaya pada keadilan. Dan saya juga percaya setiap tindakan ada akibatnya.

Advertisement

"Ini baru permulaan. InsyaAllah, masih ada lagi langkah-langkah yang akan menyusul," tulisnya.

Dalam masa sama, lelaki dengan username @fareezshah10 itu merakamkan penghargaannya buat seluruh rakyat Malaysia yang turut memberi sokongan serta nasihat buatnya sehingga berjaya meraih perhatian banyak pihak.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberi sokongan, kata-kata semangat, doa, nasihat dan yang sama-sama membantu menaikkan isu ini supaya ia mendapat perhatian.

"Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan anda semua, Aamiin," katanya.

Katanya lagi, dia berharap agar perkara tersebut tidak berulang lagi dan dijadikan pengajaran buat semua orang.

"Saya tak minta sesiapa membenci atau menghukum sesiapa. Saya cuma berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi kepada mana-mana ibu mengandung, keluarga atau orang lain pada masa akan datang," ujarnya.

Terdahulu, isteri lelaki berkenaan berdepan detik memalukan apabila dituduh mencuri oleh pekerja sebuah pusat beli-belah tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Lebih mengejutkan, wanita itu turut didakwa diminta menunjukkan buku rekod kehamilan (buku pink) bagi membuktikan dirinya benar-benar hamil kerana pekerja terbabit tidak mempercayai baby bump yang dimilikinya.



 

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Must Watch Video

Advertisement