Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Geram, Kecewa, Pasrah..Lega Pun Ya Juga" - Tersingkir Suara Viral, Farid Akui Tak Cukup Persediaan

ZULHILMI JALIL
25/06/2020 04:01 MYT
Menjadi individu pertama yang tersingkir daripada program realiti, Suara Viral malam tadi, Farid menyifatkan ia bukanlah sebagai penamat buatnya dalam mengejar cita-cita.

Sebaliknya, penyingkirannya itu merupakan satu permulaan baharu buatnya untuk melangkah lebih jauh lagi untuk menjadi seorang anak seni.

Menurut Farid yang merupakan seorang jurutera itu, keputusan tersingkir di konsert minggu kedua diterima dengan hati terbuka.

"Secara umumnya, saya rasakan tidak cukup dari segi persediaan. Mental dan fizikal saya agak lesu.

"Lagu yang saya bawakan itu pun belum masuk jiwa, masih kat otak lagi. Jadi, otak saya banyak bersuara agar jangan lupa lirik. Agak intense juga.

"Tapi saya anggap mungkin rezeki saya sampai di sini sahaja. Apapun, saya dah buat yang terbaik. Memang perasaan itu bercampur-baur, ada rasa geram, kecewa, pasrah dan lega juga pun ya sebenarnya," katanya kepada Astro Gempak.

Farid yang membawakan lagu Kisah Antara Kita berada di kedudukan paling bawah malam tadi berbanding sembilan peserta lain.

Wah sampai Paris dia bawa kita malam ni. Amacam persembahan @farid.othm malam ni? Ngam kan. . Korang boleh undi Farid sebagai Suara Viral Paling Gempak di www.gempak.com/suaraviral bermula jam 11 Malam ini. . #SuaraViral #SuaraViral2020 #BarulahOn

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Sewaktu persembahan berlangsung, seramai enam orang juri duduk rumah juga menutup skrin daripada menonton persembahannya.

BACA: Suara Viral: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Minggu Kedua

Begitupun kata Farid, ia satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya sepanjang menyertai Suara Viral.

"Saya bukan sahaja pertama kali terlibat dengan program nyanyian di televisyen, bahkan saya pertama kali juga sertai uji bakat.

"Ini satu pengalaman baharu yang amat saya hargai," katanya.



Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.


#Suara Viral #Farid #Jurutera