Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suara Viral: Bobby Tersingkir...Ini Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Konsert Minggu Ke-5

ZULHILMI JALIL
15/07/2020 15:01 MYT
Selepas empat minggu bertahan, peserta yang juga merupakan abang 'rider', Bobby akhirnya tersingkir di konsert minggu kelima Suara Viral malam tadi.

Bobby atau nama sebenarnya, Ahmad Anis Aznan Kamil, 32, menjadi peserta keempat tersingkir pada program realiti nyanyian itu.

Bobby yang membawakan lagu Dimanakan Ku Cari Ganti nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu terpaksa akur apabila berada di kedudukan paling corot minggu ini dengan markah 69.67 peratus.



Biarpun terdapat penyingkiran, buat julung kalinya, kesemua lapan juri duduk rumah kekal berada di hadapan skrin pada keseluruhan persembahan peserta.

Bertemakan Legenda, sekali lagi eksekutif pemasaran, Ameem berada di kedudukan teratas daripada tujuh peserta lain sama seperti minggu lalu.

Pada minggu ini juga, juri jemputan, penyanyi legenda, Datuk M. Nasir mengadili para peserta bersama dua orang juri tetap, Misha Omar dan Akim.



Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu kelima beserta komen daripada para juri:


#1 Ameem (Senandung Semalam/ Alleycats): 81.57%
"Kita semua sedia maklum yang suara awak sangat bagus. Hari ini awak sampaikan dengan perasaan yang tepat. Saya kagum dengan bakat yang awak ada." - Akim Ahmad



#2 Farah (Akhirnya Kini Pasti/ Anita Sarawak): 81.10%
"Awak salah seorang peserta kegemaran saya. Cuma, lagu ini berentak fast, ada nyanyian kejap masuk dalam ritma, ada bahagian nota rendah suara awak tak keluar, mungkin kurang sokongan pernafasan" - Akim Ahmad



#3 Soffwany (Pengemis Cinta/ Ella): 78.53%
"Kalau mahukan ekstra kena buat benda yang lebih menjiwai. Dari segi tone suara, range tu ada. Cuma, dari segi penampilan tak ada nampak satu yang baru, tapi anda boleh menyanyi" - Datuk M. Nasir



#4 Jerry (Penghujung Rindu/ Datuk Jamal Abdillah): 77.13%
"Awak boleh menyanyi, tapi adakah awak penyanyi yang menarik? Dari segi teknikal okay, mungkin awak nyanyi dalam 70 peratus sahaja. Dinamik tone tak sampai 100 peratus" - Datuk M. Nasir



#5 Boy (Still Loving You/ Scorpions): 75.50%
"Awak kenal pasti apa yang saya tegur, like 'hey I'm back'! Bila kita nyanyi lagu legenda, sebutan kena baik, jangan main-main lagu rock kena ada stamina tinggi." - Misha Omar



#6 Bella (Dia/ Datuk Sheila Majid): 75.27%
"Hari ini awak bawa lagu ini sangat masuk, lebih-lebih lagi dengan band ni saya rasa sesuai dengan awak. Kalau ada peluang, boleh pilih dengan genre begini, selain saya nampak awak ada usaha menari dengan penari." - Akim Ahmad



#7 Bobby (Di Manakan Ku Cari Ganti/ Tan Sri P. Ramlee): 69.67%
"Bukan tak boleh menyanyi tapi tak begitu mahir. Anda ada tone, tapi yang lain tu tak ada, penampilan gaya..lagu ni ada akrobatik, anda nyanyi lurus" - Datuk M.Nasir



Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk Ac Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai
Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.


#Recap #Suara Viral #Bobby