Skip to main content

Viral

Pemain Bola Sepak Wanita Brazil, Kathellen Sousa Peluk Islam & Terus Tunai Umrah

Astro Gempak Kathellen Sousa

Sekilas

  • Kathellen Sousa, pemain bola sepak wanita Brazil, mengumumkan telah memeluk Islam dan menunaikan ibadat umrah selepas dua tahun bermain dengan kelab Al Nassr di Arab Saudi.
  • Sousa berkongsi perjalanan memeluk Islam secara perlahan-lahan sebagai momen penting dalam hidupnya melalui video di media sosial.
  • Kelab Al Nassr dan rakan seperjuangan menyambut baik keputusan Sousa, yang sebelum ini bermain untuk pasukan wanita Real Madrid dan masih merupakan pemain nasional Brazil.
Advertisement

Pemain bola sepak wanita terkenal Brazil, Kathellen Sousa mengumumkan telah memeluk Islam dan menunaikan ibadat umrah sebaik menjadi mualaf.

Menerusi pengumuman yang dibuat menerusi perkongsian video di media sosial itu, Sousa mengambil keputusan memeluk Islam selepas dua tahun bermain dengan kelab Al Nassr di Arab Saudi, lapor Gazeta Express.

Advertisement

Sousa malah berkongsi foto dirinya menunaikan umrah dan mengatakan perjalanan memeluk Islam dilalui secara perlahan-lahan serta merupakan satu momen yang cukup penting dalam kehidupannya.

Berita itu disambut baik oleh rakan seperjuangan dan kelab Al Nassr yang turut berkongsi mengenai keputusan bintang berusia 29 tahun tersebut memeluk Islam.

“Kami dengan cukup gembira berkongsi momen istimewa Kathellen Sousa memeluk Islam. Semoga dia dianugerahi ketenangan dan istiqamah,” tulis kenyataan daripada kelab tersebut.

Sebelum bermain untuk Al Nassr, Sousa menyarung jersi pasukan wanita Real Madrid dari tahun 2022 sehingga 2024. Meski kini bersama Al Nassr, Sousa tetap merupakan pemain nasional Brazil.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

Vans Unisex Vans OLD SKOOL MARK SB

Vans Unisex Vans OLD SKOOL MARK SB

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

adidas Lifestyle CITY TECH BACKPACK Unisex Beige KG3178

adidas Lifestyle CITY TECH BACKPACK Unisex Beige KG3178

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Zara Awliya | Sejadah Aurelia [FREE Exclusive Box]

Zara Awliya | Sejadah Aurelia [FREE Exclusive Box]

Must Watch Video

Advertisement