,
The Chosen One Musim 2

The Chosen One 2024: Duet Bersama Bintang Terkenal Gegar Vangaza, Kiki Fateeha Kekal Kedudukan Pertama & Qal Daienesh Tersingkir

Ainun
11/10/2024
14:55 MYT
The Chosen One 2024 pada minggu keempat menyaksikan enam peserta masih layak untuk meneruskan persaingan pada minggu berikutnya.
Pada minggu keempat kali ini, semua peserta The Chosen One telah membuat persembahan berduet bersama peserta Gegar Vaganza.
Kesemua persembahan peserta The Chosen One sama hebat dengan pasangan duet mereka dari Gegar Vaganza.

Kiki Fateeha masih kekal kedudukan tangga pertama

Sekali lagi, Kiki Fateeha mengekalkan kedudukannya di tangga pertama. Membawakan lagu Dua Insan bersama pasangan duetnya, Ezad Lazim, persembahan tersebut berjaya menarik perhatian para juri.
Menurut ketua juri, Datuk Awie, persembahan Kiki Fateeha tidak mempunyai sebarang masalah, namun perlu diperbaiki dari segi penghayatan lagu dan persembahan.

“Penghayatan dan persemabahan itu perlu diperbaiki sedikit sahaja dan selepas ini Kiki akan menjadi seorang penyanyi yang hebat,” katanya.

Selain itu, Atikah Rose yang membawakan lagu Boneka bersama pasangan duetnya, Naqiu, turut berada di kedudukan kedua pada minggu ini.
Akan tetapi, persembahan Atikah menerima teguran daripada Datuk Awie agar memperbaiki ekspresi muka ketika membuat persembahan.
“Ton suara awak menyanyikan lagu Boneka ini sangat sedap, tapi expresi muka juga memainkan peranan yang penting. Jadi, coach adira boleh mengajar Atikah tentang perkara ini,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, Eriq yang membawakan lagu bergenre rock, Hutang bersama pasangan duetnya, Lan Solo, berjaya menempatkan diri di tangga ketiga.
Jelas Datuk Awie, mentee kepada Sufian Suhaimi itu turut menunjukkan peningkatan dalam persembahannya minggu ini.

“Saya harus beri pujian sebab awak ada banyak improvement. Terlalu banyak sangat improvement dari minggu-minggu sebelumnya.

“Hari ini awak telah menonjolkan sesuatu yang luar biasa dan tahniah juga kepada coach Sufian Suhaimi kerana berjaya didik mentee anda untuk menjadi seorang yang berilmu,” ulasnya.
Pada masa yang sama, Azry Sabri masih menjuarai Persembahan Terbaik di Minggu Kedua Gempak Era The Chosen One Of The Week.

Qal Daienesh Tersingkir

Meskipun semua peserta memberikan persembahan yang hebat bersama pasangan duet mereka, nasib tidak menyebelahi Qal Daienesh kerana persembahannya gagal menambat hati para juri minggu ini, sekali gus menyelamatkan Baiq Balqis daripada penyingkiran.
Walaupun tersingkir, Wany Hasrita tetap memberikan kata-kata semangat kepada menteenya untuk meneruskan karier nyanyian di luar.
“Saya sangat bangga dengan dia. Daripada awal dia hanya tahu menyanyikan lagi leman sahaja tapi saya nak puji dia kerana dia buat latihan apa yang saya suruh. Jadi, saya rasa insya Allah masa awak masih panjang di luar sana,” kata dari Wany Hasrita.
Anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week
Para penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran pada setiap minggu sejurus selepas The Chosen One 2024 tamat melalui laman web www.thechosenone.com.my.
Peserta dan coach yang menerima undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’, yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.
The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).
Astro Baharu, Tak Macam Dulu
‘The Chosen One 2024’ musim kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan www.sooka.my untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

BERITA TRENDING: Sandra Dewi Tak Rela 88 Beg Dari LV Sampai Hermes & Jongkong Emas, 141 Disita Kerana Suami

BERITA TRENDING: Lagi Sekali Buat Kejutan, Aina Abdul Hadir Ke Karpet Merah ABPBH36 Dengan Bas Bersama Peminat - “Lambang Kepada…”

BERITA TRENDING: “Selalunya Salahkan Lelaki, Zaman Sekarang Tak Pelik Kalau Isteri Pun Banyak Dah Curang” - Erma Fatima ‘Back Up’ Baim Wong

BERITA TRENDING: "Ayah Janji Akan Jaga Tuah Sampai Hujung Waktu..." - Remy Ishak

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Jihan Muse Teruja Bakal Kendali ‘The Chosen One’ Musim 2 Bersama Haziq Hussni - “Tahun Lepas Saya Sebagai…”

gempak
04/09/2024
04:55 MYT
Program nyanyian kanak-kanak, ‘The Chosen One’ musim kedua, tampil dengan gandingan baharu dua pengacara iaitu Jihan Muse dan Haziq Hussni yang diumumkan pada petang, Selasa
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
BorakSeeni