,
The Chosen One Musim 2

The Chosen One 2024: Kiki Fateeha Raih Kedudukan Pertama, Qal Daienesh Berbahasa Tamil & Elofa Reza Tersingkir Di Minggu Ketiga

Ainun
04/10/2024
15:25 MYT
The Chosen One 2024 minggu ketiga telah menyaksikan tujuh peserta layak ke minggu yang seterusnya.

Kiki Fateeha raih kedudukan pertama

Membawa lagu Masing-Masing oleh Ernie Zakri dan Ade Govinda, Kiki Fateeha berjaya meraih kedudukan pertama pada minggu ini.
Menurut Jaclyn Victor, persembahan mentee kepada Aepul Roza ini berjaya membawa lagu tersebut dengan cara yang tersendiri.
“Saya tidak tahu macam nak katakan. Suara awak terlalu sedap sangat. Saya suka bagaimana awak menyampaikan lagu tersebut dengan cara tersendiri tapi awak kena ingat ada lagu yang boleh diubah dan ada lagu yang tidak boleh diubah tapi apa yang awak lakukan terhadap lagu ini semuanya okay,” katanya.
Selain itu, Azry Sabri yang menyanyikan lagu asal daripada salah seorang coachnya, Fahimi Rahmat, turut berjaya meraih kedudukan kedua.

BERITA TRENDING: The Chosen One 2024: Azry Sabri Rampas Kedudukan Pertama Di Minggu Kedua, Farah Aina Pula Umum Tarik Diri

BERITA TRENDING: Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

Jelas Misha Omar, juri jemputan pada minggu ketiga ini menyatakan Azry merupakan salah satu pelapis penyanyi baharu yang bakal menggantikan mereka pada suatu hari nanti.

“Selepas melihat keseluruhan persembahan awak, saya rasa awak adalah kelahiran semula Hafiz Suip. Kerana awak mempunyai kejernihan suara, cara awak lenggokkan lagu dan banyak lagi.

“Cara awak menyanyikan lagu tersebut hampir sama dengan cara nyanyian Hafiz cuma awak perlu bekerja kerasa sikit sahaja lagi. Jadi, insya allah awak adalah bintang yang saya tertunggu,” ulasnya.
Pada masa yang sama, Atikah Rose masih menjuarai Persembahan Terbaik di Minggu Kedua Gempak Era The Chosen One Of The Week.
Seterusnya, pada minggu ketiga ini turut menyaksikan Qal Daienesh, mentee kepada coach Wany Hasrita, yang menyanyikan lagu Oh My Kadhale dalam bahasa Tamil, berjaya memikat hati juri jemputan, Misha Omar.
Menurut coach Wany, Qal Daienesh telah lama berlatih untuk menyanyikan lagu ini dalam bahasa Tamil, dan dia berasa bangga atas pencapaian menteenya itu.
“Kami meminta Qal untuk melakukan persediaan awal untuk menyanyikan lagu ini. Apa-apa pun, saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh mentee saya sendiri,” kongsinya.

Elofa Reza Tersingkir

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Elofa Reza, apabila persembahan nyanyiannya yang kurang memikat menyebabkan dia tersingkir pada minggu ketiga, sekali gus menyelamatkan Baiq Balqis yang turut berada di kedudukan terbawah.

BERITA TRENDING: The Chosen One 2024: "Suara power!" - Anak Didik Adira Juara Minggu Pertama, Siap Dapat Pujian Awie

BERITA TRENDING: The Chosen One 2024: “Saya Suka Jenis Suara Yang Berlemak” – Wany Hasrita Dedah Faktor Utama Pilih Mentee

Walaupun Elofa tersingkir pada minggu ketiga, Suki Low tetap memberikan kata-kata semangat kepada anak didiknya itu untuk meneruskan perjuangan nyanyiannya di luar dan menganggap pertandingan ini sebagai salah satu permulaan bagi karier nyanyian menteenya.
“Tidak mengapa Elofa, kita berdua sudah lakukan yang terbaik dan ini adalah permulaan dalam perjalanan karier nyanyian awak. Teruskan usaha awak dan mungkin kita akan berjumpa di luar sana,” katanya.

Anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week

Para penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran pada setiap minggu sejurus selepas The Chosen One 2024 tamat melalui laman web www.thechosenone.com.my.
Peserta dan coach yang menerima undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’, yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.
The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).

Astro Baharu, Tak Macam Dulu

‘The Chosen One 2024’ musim kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan www.sooka.my untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Azry Sabri Rampas Kedudukan Pertama Di Minggu Kedua, Farah Aina Pula Umum Tarik Diri

gempak
27/09/2024
14:58 MYT
The Chosen One 2024 pada minggu yang kedua menyaksikan kesemua peserta masih layak untuk berentap di minggu yang seterusnya.
Hiburan

Adira Sebak Kakak Beri Kejutan Hadiah Birthday - “Dari Kecil Tak Pernah Ada Bilik, Selimut & Cadar Sendiri”

gempak
21/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menerima hadiah hari jadi daripada kakaknya, Emma Suhaimi.
Hiburan

The Chosen One 2024: "Suara power!" - Anak Didik Adira Juara Minggu Pertama, Siap Dapat Pujian Awie

gempak
20/09/2024
21:55 MYT
Program The Chosen One 2024 telah pun membuka tirainya dengan lapan persembahan hebat daripada peserta terpilih.
Hiburan

The Chosen One 2024: “Saya Suka Jenis Suara Yang Berlemak” – Wany Hasrita Dedah Faktor Utama Pilih Mentee

gempak
20/09/2024
12:25 MYT
Penyanyi Wany Hasrita berkongsi sebab mengapa dia memilih Geng 3 Beradik termasuk perserta solo, Qal Daienish untuk dijadikan mentee dalam program The Chosen One 2024.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
BorakSeeni