,
The Chosen One Musim 2

The Chosen One 2024: Tiada Penyingkiran Minggu Kelima! Kiki Fateeha Kekal Tangga Pertama, Datuk Awie Komen - "Pitching Suara Awak Tak Goyah"

Ainun
18/10/2024
15:58 MYT
The Chosen One 2024 minggu kelima telah menyaksikan kesemua peserta layak ke minggu yang seterusnya.

Kiki Fateeha x Aepul Roza masih kekal di tangga pertama.

Masih mengekalkan kedudukan pertama pada minggu kelima, Kiki Fateeha berjaya menambat hati para juri. Dengan membawakan lagu Budak Flat oleh Amran Ra, persembahan Kiki bersama Aepul berjaya menduduki tangga pertama.
Menurut ketua juri, Datuk Awie meluahkan rasa kagumnya selepas melihat persembahan dari Kiki.
“Saya terpegun dengan Kiki. Dalam nyanyian sambil menari, pitching suara awak tidak goyah. Ini adalah pakej seorang penghibur yang sebenar. Tahniah coach Aepul sebab awak telah berjaya keluarkan bakat dia,” katanya.
Begitu juga dengan komen dari juri jemputan iaitu, Ajai yang sangat terpersona dengan persembahan dan suara yang ditonjolkan oleh penyanyi cilik itu.
“Saya rasa ini adalah kematangan Kiki bila dia menyanyi dia tidak keluarkan watak kanak-kanak sebab saya rasa pendengaran dia sangat luas dan setiap apa yang dilakukan oleh Kiki nampak begitu teruja. Itulah sebab persembahan awak menjadi,” jelasnya.
Selain itu, Atikah Rose yang membawa lagu Problems dan Haa Tepok turut berjaya menempatkan diri di kedudukan yang kedua.
Bagaimanapun, persembahan Atikah turut mendapat pujian daripada Datuk Awie, yang menyatakan bahawa persembahan Atikah pada minggu ini memberikan kesan kepadanya.
“Tenaga dan aura awak pada persembahan kalini sangat berbeza. Saya terkesan dan saya nampak nyanyian awak sangat jujur.
“Saya sudah melihat awak sudah lima minggu dan saya nampak perubahan yang sangat baik. Terima kasih kepada coach Adira,” ulasnya.
Seterusnya, Azry yang membawakan lagu Standing Next To You oleh Jungkook BTS berjaya mencuri perhatian juri dengan suaranya yang lunak dan meraih tempat ketiga.
Jelas juri undangan, Ajai menyatakan bahawa suara Azry sangat sukar dicari dan menganggap bakat tersebut sebagai anugerah Tuhan yang diberikan kepada Azry.
“Saya nampak Azry memiliki repertoire. Ton repertoire ini sangat jarang untuk didapati. Jadi, saya kagum bila dia berjaya tukarkan dari chest note to falsetto itu bukanlah sesuatu yang mudah. Apa yang saya boleh katakan adalah Azry, anda adalah seorang yang ‘Gifted’,” kongsinya.

Tiada penyingkiran

Pada masa yang sama, mentee kepada coach Firdaus dan Fahimi Rahmat berjaya menjuarai Persembahan Terbaik di Minggu Kedua Gempak Era The Chosen One Of The Week.
Walau bagaimanapun, di minggu kelima ini, kita dapat menyaksikan ke semua peserta masih layak untuk berentap di minggu yang seterusnya.

Anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week

Para penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran pada setiap minggu sejurus selepas The Chosen One 2024 tamat melalui laman web www.thechosenone.com.my.
Peserta dan coach yang menerima undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’, yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.
The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).

Astro Baharu, Tak Macam Dulu

‘The Chosen One 2024’ musim kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan www.sooka.my untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Jawab Dakwaan Bersekedudukan Dengan Datuk Red Gara-Gara Sering Live Bersama – “Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal”

gempak
16/10/2024
02:45 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi tampil menjelaskan dakwaan dia dan bekas suami iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red tinggal serumah biarpun dudah berpisah.
Hiburan

Konsert Solo Pertama Jaclyn Victor Mega! Hampir 2 Ribu Peminat Enjoy Dengan Koleksi Lagu ‘Sing Along’ - “Saya Selalu Ada Rasa Ketakutan…”

gempak
14/10/2024
09:55 MYT
Hampir dua ribu peminat menikmati momen Jaclyn Victor First Solo Concert yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu sempena 20 tahun penyanyi itu berada dalam industri seni.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Wany Hasrita Anggap Qal Daienesh Banyak ‘Improvement’, Tak Patut Tersingkir - “Kami Telah Berusaha Mempelbagaikan… ”

gempak
12/10/2024
08:55 MYT
Penyanyi Wany Hasrita meluahkan rasa sedih apabila anak didiknya atau mentee, Qal Daienesh tersingkir pada minggu keempat The Chosen One 2024 yang berlangsung pada Jumaat.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Duet Bersama Bintang Terkenal Gegar Vangaza, Kiki Fateeha Kekal Kedudukan Pertama & Qal Daienesh Tersingkir

gempak
11/10/2024
14:55 MYT
The Chosen One 2024 pada minggu keempat menyaksikan enam peserta masih layak untuk meneruskan persaingan pada minggu berikutnya.
Hiburan

Syaffiq Sahli Teruja Ajai Bikin Lagu, Terkejut Undian Tertinggi Gimme The Mic Global!

gempak
05/10/2024
05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Syaffiq Sahli teruja apabila komposer Ajai menawarkan diri untuk mencipta sebuah lagu untuknya.
BorakSeeni