Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

The Chosen One 2024: Wany Hasrita Anggap Qal Daienesh Banyak ‘Improvement’, Tak Patut Tersingkir - “Kami Telah Berusaha Mempelbagaikan… ”

Ainun
12/10/2024 08:55 MYT
Penyanyi Wany Hasrita meluahkan rasa sedih apabila anak didiknya atau mentee, Qal Daienesh tersingkir pada minggu keempat The Chosen One 2024 yang berlangsung pada Jumaat.

Menurut Wany, dia berasakan keputusan itu seperti tidak adil buat dirinya dan Qal kerana yakin anak didiknya telah banyak melakukan peningkatan dari awal pertandingan sehingga ke minggu keempat.

“Perasaan saya sebagai coach sudah tentu saya berasa sedih kerana kami telah merancang untuk minggu hadapan, tetapi itulah adat pertandingan, pasti ada yang tersingkir. Lagipun, ini adalah kali pertama saya menyertai rancangan televisyen. Jadi, saya akur dengan keputusan ini.

“Namun, saya berasakan tidak adil untuk dia tersingkir kerana saya tahu bagaimana dia telah memperbaiki persembahannya. Apa-apa pun, saya akan sentiasa menyokong karier nyanyiannya,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, coach kepada Qal Daienesh menghormati setiap komen yang diberikan oleh Datuk Awie dan berpendapat bahawa dalam dunia nyanyian, perubahan dalam persembahan memerlukan masa untuk dicapai.

“Kami telah berusaha mempelbagaikan genre nyanyian, dan saya faham serta menghormati komen yang diberikan oleh Datuk Awie.


“Untuk makluman, kami sudah berusaha sedaya upaya kerana perubahan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam bidang nyanyian, perubahan memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan dengan cepat. Mungkin Qal belum sepenuhnya menukar gaya nyanyiannya. Apa-apa pun, kami telah mencuba yang terbaik,” jelasnya.

Meskipun Qal Daienesh tersingkir, Wany tetap memberi kata-kata semangat agar terus berjuang dalam mengejar karier nyanyian, kerana baginya penyanyi itu memiliki keistimewaan yang tersendiri.

“Nasihat saya adalah jangan berhenti menyanyi kerana awak mempunyai pakej yang lengkap, dan saya jarang menemui penyanyi zaman sekarang yang memiliki suara seperti awak.

“Jadi, saya tidak mahu awak berhenti setakat ini. Saya mahu awak teruskan. Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi Qal memiliki keistimewaan yang unik.


“Jika ada rezeki untuk menghasilkan lagu atau berduet dengan Qal, saya tidak keberatan kerana bagi saya, keistimewaan Qal sukar ditemui pada masa kini. Jadi, insya-Allah,” ulasnya.

The Chosen One 2024 ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor.

Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.

Saksikan The Chosen One 2024 pada setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).

BERITA TRENDING: The Chosen One Musim Ke-2 | Highlight EP 3 | Minggu yang gembira tapi ada kesedihan!

BERITA TRENDING: The Chosen One 2024: Duet Bersama Bintang Terkenal Gegar Vangaza, Kiki Fateeha Kekal Kedudukan Pertama & Qal Daienesh Tersingkir

BERITA TRENDING: Kenapa Jihan Muse “TOUCHING” dengan Eriq & Sufian Suhaimi | The Chosen One Musim Ke-2 | Konsert 3

BERITA TRENDING: Kiki buat semua juri kena “PENCEN” awal menyanyi! | The Chosen One Musim Ke-2 | Konsert 3

#Awie #One #The #Tersingkir #Hasrita #Wany #2024 #chosen #DAIENESH #QAL
;