,
The Hardest Singing Show

“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria

Amri Hassan
23/04/2024
08:59 MYT
Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh mengakui terkejut menerima emel makluman pengunduran diri Naim Daniel daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.

Terkejut Dapat Emel Naim

Jelas Norzeha, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat berhubung secara langsung dengan Naim untuk membincangkan keputusan penarikan dirinya itu.
“Pihak kami terkejut apabila mendapat emel daripada pihak Naim Daniel untuk menarik diri pada petang semalam.
“Bagaimanapun, kami masih belum dapat berhubung secara langsung dengan Naim.
“Kami tahu tahu apa isu penarikan dirinya,” katanya pada sidang media The Hardest Singing Show di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Masih Cuba Untuk Berbincang

Dalam pada itu, pihaknya masih cuba untuk berbincang dengan Naim.
“Kami masih cuba reach out kepada Naim dan masih ada ruang untuk Naim mengubah fikiran masuk balik.
“Buat masa ni belum ada keputusan untuk menggantikan tempatnya dan mungkin tiada ganti.
“Kita akan proceed dengan 9 peserta musim pertama. Seandainya dapat tahu punca dan tukar fikiran kita masih mempelawanya untuk kembali menyertai The Hardest Singing Show,” ujarnya.
The Hardest Singing Show’, sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Program ‘The Hardest Singing Show’ berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’, dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka. Peserta juga dikehendaki memberikan satu ‘Wow Moment’ dalam ‘showmanship’ bergantung pada idea dan kreativiti para peserta.
Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan akhir mereka serta kedudukan dalam pertandingan sehingga ke minggu akhir.
Barisan peserta yang bakal bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Manakala pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose yang akan menggemudi rancangan ini.
Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand dan Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Rupanya Isteri Sharul AF2024 Jadi Mastermind Persembahan Aepul Roza - “Ada Masa Saya Teman Pergi Sesi Training, Soundcheck”

gempak
15/07/2024
09:05 MYT
Penyanyi, Sharul Kamal berkongsi kisah penat lelah pasukan belakang tabir yang terlibat dalam menjayakan persembahan bintang The Hardest Singing Show, Aepul Roza.
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

gempak
14/07/2024
16:10 MYT
Tahniah!
the-hardest-singing-show

Rupanya Rina Nose Takut Lipas, Lepas Persembahan Aepul Tiba-Tiba Rasa Benda Merayap - “Ada Helaian Rambut Halus Di Leher”

gempak
14/07/2024
10:03 MYT
Selebriti versatil Indonesia dan juga pengacara The Hardest Singing Show (THSS), Rina Nose mendedahkan dia merupakan seorang yang takut dengan lipas.
Hiburan

THSS: De Fam Tarik Diri, Azira Shafinaz Ikut Nasihat Doktor - "Apa Yang Jadi Pada Saya Biarlah ..."

gempak
27/06/2024
12:25 MYT
Susulan penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show, anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tampil berkongsi keadaan terkininya.
the-hardest-singing-show

Berdepan Masalah Kesihatan, De Fam Tarik Diri Daripada The Hardest Singing Show

gempak
16/06/2024
16:06 MYT
Kumpulan girl group trio popular De Fam mengumumkan penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show.