Hiburan

Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat Kembali Berkasih, Nafi Orang Ketiga Jadi Punca Perpisahan - “Bersedia Berkahwin Tetapi…”

gempak
Umirah Halim
23/01/2025
11:47 MYT
Sponsor Banner
Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat Kembali Berkasih, Nafi Orang Ketiga Jadi Punca Perpisahan - “Bersedia Berkahwin Tetapi…”

Penyanyi Sufian Suhaimi mengesahkan sudah menjalinkan kembali hubungan dengan bekas kekasihnya, Rania Al Sadat.

Tunggu jodoh sampai

Kata Sufian dia bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya namun memilih untuk tidak bersikap terburu-buru dan percaya dengan ‘jodoh’ dan perancangan Tuhan.

"Ya, kami sudah kembali bersama. Status sekarang dia kekasih saya. Gambar yang saya post sebelum ini tiada hint atau gimik apa-apa. Saya memang sengaja muat naik.

"Memang ada rancangan untuk berkahwin. Saya sentiasa bersedia untuk berkahwin tetapi belum sampai jodoh. Insya-Allah kalau jodoh sudah sampai saya akan berkahwin," katanya.

"Mungkin selepas ini saya terus berkahwin tiada majlis tunang. Tapi tak tahu lagi tahun ini atau bila, tapi Insya-Allah doakan saya.

“Tak berani nak cakap bila berbaik tapi nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan baik-baik buat kami,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran lagu barunya berjudul Dengan Lafaznya di Rusa Cafe, Puchong pada Khamis.

Mengulas mengenai punca perpisahan, pelantun lagu Di Matamu itu menjelaskan bahawa masalah perhubungan yang dihadapi sebelum ini tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga sebaliknya berpunca dari masalah komunikasi.

“Tiada orang ketiga ketika kami berpisah. Saya rasa komunikasi adalah kunci bagi sesebuah hubungan. Kita kena berkomunikasi daripada sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara," katanya.

Terdahulu, Sufian Suhaimi tampil memuat naik foto Rania dengan kapsyen romantis beserta emoji hati.

Sebelum ini, hubungan Sufian dan Rania tamat selepas wanita itu memulangkan cincin risik pada April tahun lalu.

Menerusi perkembangan lain, Sufian kini berkolaborasi dengan penyanyi Sarah Suhairi menyanyikan lagu berjudul Dengan Lafaznya.

BERITA BERKAITAN: "Masya-Allah Sayangku" - Sufian Suhaimi Kongsi Foto Bekas Kekasih Buat Netizen Berteka-Teki Status Hubungan

BERITA BERKAITAN: Sufian Suhaimi Bersedia Dengan Pertanyaan Soal Kahwin - “Mungkin Segelintir Orang Akan Rasa Sensitif, Tapi…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024