,
The Hardest Singing Show

THSS: Aepul Roza Berhabis RM60,000 Sepanjang Pertandingan, Ambil Risiko Berdrum 90 Darjah

Umirah Halim
15/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mendedahkan telah berhabis sebanyak RM60,000 untuk persembahannya sepanjang 10 minggu bertanding di program realiti The Hardest Singing Show (THSS).

Segmen solo telan kos RM30,000

Katanya, segmen solo menerusi lagu It’s My Life itu sahaja telah menelan kos sebanyak RM30,000 bagi menghasilkan satu persembahan sebegitu.
“Anggaran untuk persembahan malam tadi sahaja dekat RM30,000. Bagi keseluruhan 10 minggu pula rasanya saya dah belanja RM60,000.
“Tapi alhamdulillah rezeki Allah bagi sambil saya bertanding ada juga yang panggil untuk buat show dan gaji yang saya dapat dalam pertandingan ini juga saya kongsikan kepada team saya jadi semua ada bahagian masing-masing,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Konsert Akhir THSS.
Sementara itu, Aepul turut memaklumkan bahawa dia tidak menjangka bakal dinobatkan sebagai juara sebaliknya sudah reda dan berpuas hati kerana aksi bermain drum secara terbalik 90 darjah itu berjaya dihasilkan.

BERITA TRENDING: THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

BERITA TRENDING: THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

BERITA TRENDING: THSS: Bawa ‘Cinta Hati’ Atas Pentas, Aepul Roza Raih Markah Tertinggi 90.83%! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

BERITA TRENDING: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."

“Sebenarnya saya lebih kepada reda menang atau tidak saya tak fikir sebab saya dan pasukan saya dah berjaya buat persembahan lagu It’s My Life itu, selepas persembahan itu saya dah celebrate dah sebab itu paling sukar dan berisiko. Jadi bila saya dah berjaya sampaikan persembahan itu pun saya dah raikan bersama team saya.
“Jadi menang atau tidak saya reda je tapi alhamdulillah rezeki Allah nak bagi dan saya hargai semua pasukan saya sebab ini bukan kerja saya seorang ini kerja pasukan saya yang memang tidak berkira nak buat, memang all out sebab itu saya fikir saya perlu menang untuk mereka.
Sekadar info, Aepul dinobatkan sebagai juara dan sekali gus berjaya membawa pulang RM150,000, trofi dan paket pelayaran tajaan Kaki Jalan.
Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Risiko Letupan, Pusat-Pusat Media Ditutup Sementara

gempak
28/07/2024
06:28 MYT
Polis Perancis menutup sementara kawasan sekitar pusat media pada Sabtu yang membantu wartawan membuat liputan Sukan Olimpik Paris kerana "risiko letupan".
Bollywood

Habiskan RM2.9 Bilion, 20 Juta Bunga, 37,500 Menu, Majlis Anant Ambani & Radhika 15 Kali Ganda Mahal Dari Perkahwinan Diraja Harry, Meghan

gempak
16/07/2024
15:40 MYT
Perkahwinan serba mewah anak orang kesembilan terkaya dunia, Anant Ambani dengan Radhika Merchant masih menjadi buah mulut.
the-hardest-singing-show

THSS: Syok Sangat Buat Stunt, Lutut Aepul Roza 'Terkeluar'! - "Dari Minggu Pertama Sakit Belakang, Buku Lali Saya Pula ..."

gempak
16/07/2024
01:55 MYT
Juara The Hardest Singing Show (THSS), Aepul Roza mendedahkan pernah mengalami beberapa insiden kecederaan sewaktu melakukan persembahan di atas pentas THSS.