Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

THSS: Beza Markah Juara Vs Naib Juara Cuma 1.49%, Juri Kata Pusingan Battle Main Peranan Penting

Umirah Halim
15/07/2024 07:34 MYT
Juri tetap The Hardest Singing Show (THSS), Edry Abdul Halim tampil mengulas tentang perbezaan markah antara Juara, Aepul Roza dan Naib Juara Ayda Jebat bagi konsert akhir THSS malam tadi.

Pusingan Kolaberdua main peranan

Katanya, pusingan kedua iaitu segmen Kolaberdua memainkan peranan yang penting bagi menentukan juara THSS.

“Semua orang ada preference sendiri tapi masa pusingan kedua yang mengimbangkan keputusan puratanya.

“Fakta menarik, kita (juri) bukan sebulat suara memilih seorang untuk juara tapi point dia sangat rapat jadi pusingan kedua memang memainkan peranan yang penting untuk tentukan juara.

“Tugasan pertama adalah 70 peratus untuk persembahan solo manakala untuk kolaberdua 30 peratus,” katanya ketika di Sidang Media Konsert Akhir THSS.

Sementara itu, Edry turut menekankan bahawa persembahan peserta yang mempunyai ‘wow factor’ turut menjadi peranan yang penting bagi memukau penonton dan juri pada malam konsert final tersebut.

“Untuk highlight pada malam ini ada beberapa peserta yang berhati-hati pada peringkat final tapi saya suka persembahan akhir Aepul dan Putera Muhammad kami enjoy, yang penting kami nak tepuk dan berdiri.

“Saya boleh bagi perumpamaan awak boleh bagi stage yang cantik letak 50 penari, baju 100 ribu sekalipun tapi nilai untuk naikkan bulu roma orang tak ternilai,” ujarnya.

Sekadar info, Aepul dinobatkan sebagai juara dan sekali gus berjaya membawa pulang RM150,000, trofi dan paket pelayaran tajaan Kaki Jalan.

BERITA TRENDING: THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

BERITA TRENDING: THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

BERITA TRENDING: THSS: Bawa ‘Cinta Hati’ Atas Pentas, Aepul Roza Raih Markah Tertinggi 90.83%! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

BERITA TRENDING: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."

Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.

#Juri #Markah #Battle #THSS #Hardest Singing Show #main peranan