The Hardest Singing Show

THSS: Di Sebalik No. 1, Ayda Jebat Cedera Lepas Persembahan Konsert Minggu Pertama The Hardest Singing Show

gempak
Umirah Halim
13/05/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
THSS: Di Sebalik No. 1, Ayda Jebat Cedera Lepas Persembahan Konsert Minggu Pertama The Hardest Singing Show
Persembahan penyanyi, Ayda Jebat berjaya mengguguli konsert The Hardest Singing Show (THSS) malam tadi apabila meraih markah tertinggi pada minggu pertama.

Ayda cedera

Membawa tema berdasarkan filem aksi Mad Max:Fury Road, Ayda bagaimanapun cedera pada bahagian kakinya gara-gara terjatuh ketika membuat persembahan.
“Bila kita practice sepatutnya saya handstand lepastu dia terbalikkan saya dan saya terus land masa saya nyanyi, tapi ketika saya land tu saya jatuh.
“Mungkin kat TV dan dekat audience tak perasan jadi mungkin mereka rasa part of the show tapi tadi memang saya terjatuh.

“To be honest kaki kiri saya dah injured beberapa hari sebab dekat ATV tu saya kena gantungkan kaki saya dan sekarang kanan pulak injured sebab dah terjatuh tadi,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media konsert pertama THSS.

Ayda tak ambil pusing tentang kos

Mempersembahkan konsert pembukaan seperti konsert final, Ayda bagaimanapun berpendapat dia mahu berikan terbaik dan tidak mengambil kira pengeluaran kos bagi persembahannya.
“Untuk kreativiti dari segi konsep dan visual memang idea daripada Nabil dan saya punya team, bagi music arrangement pula saya punya music director akan buat dan akan hantar ke music director di show ini.
“Pentas ini memang pertandingan baharu dan musim pertama jadi kalau boleh saya memang nak persembahan yang saya buat ini jadi reference kepada luar.
“Jadi saya dan team saya memang ambil cabaran ini untuk buat yang terbaik. Jadi saya lupakan kos itu dan saya harap ia berbaloi.
“Saya tak boleh beritahu kos, cuma kos memang sepenuhnya dari saya,” tambahnya lagi.
Bagi tugasan minggu seterusnya kesemua peserta akan membawakan lagu bertemakan “Revolu-sihat” yang bakal menyuntik elemen sukan dan senaman di dalam persembahan.
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

Berita Trending: THSS: Tiada Penyingkiran Pada Konsert Minggu Pertama, Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi!

Berita Trending: Bukan Pertaruhan Vokal Semata-Mata, Ini Fakta Menarik Tentang Peserta The Hardest Singing Show!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live