The Hardest Singing Show
THSS: Didakwa Tak Nasihat Isteri, Nabil Mahir Terima Teguran Netizen Dengan Terbuka
Suami kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir tampil mengulas dakwaan netizen mengenai dirinya yang tidak menjalankan peranan sebagai suami dengan baik.
Perkara tersebut berlaku selepas Ayda dilihat kerap mengalami kecederaan ketika membuat aksi stunt di pertandingan The Hardest Singing Show(THSS).
Bercakap kepada Gempak, Nabil yang juga merupakan ‘mastermind’ di sebalik persembahan Ayda itu memaklumkan bahawa segala aksi yang dilakukan sudah dibantu dengan nasihat dan saranan daripada pakar, namun tidak dapat menjangka kemalangan seperti itu akan berlaku.
Advertisement
“Dari minggu ke minggu saya yang bagi idea nak buat stunt apa tapi bila dah dekat hujung-hujung ini Ayda mula rasa nak buat benda yang lain, untuk push lagi diri dia sebab dia dah tahu dia boleh buat stunt.
“Dan minggu lepas dia yang dah mula cadangkan idea nak buat itu ini, sebab selalunya saya yang bagi idea dan idea yang dia nak buat ni semakin ekstrim.
ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Salah Landing Hingga Terkena Bahagian Czer Sewaktu Latihan, Ayda Jebat Kongsi Keadaan Terkini
ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor
ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”
“Sebelum ini memang dah ekstrim, tapi saya seorang yang calculative risk jadi saya akan study juga dengan team saya, walaupun nampak hard team akan bantu untuk jayakan stunt itu dengan baik dan selamat.“Bila dia jatuh itu saya tak salahkan dia dan tak salahkan sesiapa sebab kalau dia tak cuba taktahu dia boleh ke tidak. Sebab semua yang Ayda buat itu semua kali pertama dalam hidup,” katanya ketika ditemui Gempak.
Terima nasihat dan teguran orang ramai
Sementara itu, Nabil turut terbuka dengan segala nasihat yang telah diberikan orang ramai dan berharap agar orang ramai dapat memberikan sokongan kepadanya dan
ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Terapung Sambil Main Piano, Aisha Retno Raih Markah Tertinggi 93.20% Peratus, Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta
“Kami tak cukup tidur jadi memang kami sangat penat jadual memang pack pada waktu itu tiada istilah berehat untuk kami dalam pertandingan ini sebab kami memang bersungguh-sungguh untuk pertandingan, kami memang cuba yang terbaik.
“Saya harap orang boleh nampak itu lah daripada nak mengecam, apa yang kalian semua nasihat kami ambil dengan baik tapi yang kecam itu mungkin anda ada masalah peribadi saya harap anda boleh selesaikan supaya tak mengecam orang lain bukan Ayda sahaja tapi selebriti lain juga.
“Apa-apa pun saya doakan anda bahagia dunia akhirat,” ujarnya.
Must-Watch Video