The Hardest Singing Show
THSS: Rupanya Isteri Sharul AF2024 Jadi Mastermind Persembahan Aepul Roza - “Ada Masa Saya Teman Pergi Sesi Training, Soundcheck”
Penyanyi, Sharul Kamal berkongsi kisah penat lelah pasukan belakang tabir yang terlibat dalam menjayakan persembahan bintang The Hardest Singing Show, Aepul Roza.
Sharul berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Isteri jadi mastermind persembahan Aepul
Kata Sharul, isterinya iaitu Raihan Amilin Mohd Roszaimi juga merupakan antara yang terlibat dalam pasukan Aepul dan bertindak sebagai perancang atau pun mastermind.
Advertisement
“Sebagai suami saya bangga! Alhamdulillah tahun lepas berjaya jadi juara untuk Famili Duo sebagai mastermind untuk Zaki Yamani dan Yamani Abdillah.
“Tahun ini sekali lagi jadi juara untuk program The Hardest Singing Show sebagai mastermind juga kepada sifu saya Aepul Roza,” tulisnya.
Tiga bulan kurang masa dengan isteri
Kongsi Sharul lagi, sepanjang 10 minggu program itu bersiaran, dia mengakui kurang dapat meluangkan masa bersama dengan isterinya kerana jadualnya yang padat.
“Tiga bulan saya sangat kurang masa dengan isteri saya. Saya dengan jadual pengambaran dan dia dengan jadual THSS yang gila punya padat.
“Ada masa saya akan teman dia untuk pergi sesi recording, latihan atau time soundcheck THSS. Itu sahaja waktu yang boleh dapat banyak sikit dengan isteri saya.
“Tahniah isteriku. Suamimu sangat bangga dengan kamu. Saya akan sentiasa menyokong awak macam mana awak selalu support kerjaya saya,” coretnya.
Terdahulu, Sharul yang juga merupakan bekas bintang Akademi Fantasia 2015 (AF2015) ini berkahwin dengan Raihan di Masjid Kota Raja, Klang, Selangor pada Januari 2022.
Untuk info, Aepul dinobatkan sebagai juara The Hardest Singing Show pada Ahad.
Aepul membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi kemenangan.
Must-Watch Video