THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor
Umirah Halim
20/05/2024 02:55 MYT
20/05/2024 02:55 MYT
Aksi penyanyi Ayda Jebat di konsert The Hardest Singing Show sentiasa memukau para penonton dengan stunt yang luar biasa.
Netizan seriau
Bagaimanapun, persembahan yang dibuat oleh ibu anak dia itu meraih perhatian netizen apabila ada yang menganggap stunt yang dilakukan agak berbahaya buat wanita yang baru sahaja melahirkan secara pembedahan atau caesarean.
Antara komen yang diterima daripada warganet:
“Berani nya sebab dia baru lepas bersalin kan.
“Anak aku yang bongsu 9 tahun dah last czer masih sakit bila buat kerja berat? ini siap kena hayun lagi padahal baby dia kcik lagi, baru beberapa bulan dia czer,seram sis.
“Uish tak sakit ke perut, baru lepas bersalin operation. Ngilu pulak tengok.
“Takut dah la dia baru lepas czer, beraninya awak Ayda,” komen beberapa netizen.
Sudah dapat nasihat doktor
Ayda bagaimanapun menjelaskan bahawa dia sudah mendapatkan nasihat daripada pakar sebelum membuat aksi stunt tersebut.
“Doktor sudah beritahu senaman apa yang perlu dibuat sebelum saya buat stunt tu.
“Kadang-kadang adalah rasa sakit (bahagian perut), kalau nak ikutkan yang paling hardest persembahan saya untuk minggu kedua ini, ketika saya nak masuk ke pentas dan diangkat oleh gorilla tu.
“Ada lah satu benda yang saya nak buat tapi tak boleh kerana ada batasannya dam saya juga baru lepas czer kan belum baik sepenuhnya apa-apa pun saya dah dapatkan nasihat daripada doktor,” katanya ketika ditemui Gempak.
Bagi tugasan minggu seterusnya kesemua peserta akan mempersembahkan persembahan yang bertemakan ‘Mega Dansa’.
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Berita Trending: THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen…