The Hardest Singing Show
THSS: Tiada Penyingkiran Pada Konsert Minggu Pertama, Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi!
Menjayakan persembahan bertemakan filem Hollywood, Mad Max, Ayda Jebat berjaya menduduki tangga pertama sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
Peroleh Markah Lebih 90 Peratus
Menerusi medley lagu Siapa Diriku dan Nakal Nakal Nakal, Ayda berjaya mengungguli berbanding lapan bintang lain dengan markah 95.24%.
Manakala, tempat kedua diduduki oleh Aepul Roza menerusi lagu Drama dengan markah 90.34%.
Aisha Retno yang mempersembahkan lagu W.H.U.T dan Sutera pula meraih tempat ketiga dengan markah 84.17%.
Zizi Kirana, De Fam, Datin Alyah dan Stacy pula meraih markah masing-masing sebanyak 73.82%, 69.04%, 64.08% dan 63.85%.
Tiada Penyingkiran
Nasib masih menyebelahi dua bintang tercorot iaitu Putera Muhammad dan Kaka Azraff dengan markah masing-masing 61.92% dan 58.05%.
Rancangan yang bakal berlangsung selama 10 minggu ini diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad yang bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, kerusi juri pula diduduki oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Datuk Seri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Tonton The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan The Hardest Singing Show diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
The Hardest Singing Show bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, pukul 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
BERITA TRENDING:THSS: Kaka Azraff Kongsi Sebab Kenapa Tertarik Untuk Sertai Rancangan Ini - “Sesuai Dengan Misi Saya..”
Must-Watch Video