Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Hanan & Nawal Coming Soon” - Peminat Tak Sabar Sambungan Kisah Cinta Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Azwa Rahman
24/05/2022 11:59 MYT
Pelakon Uqasha Senrose mencuri tumpuan apabila tampil dengan imej berbadan dua untuk watak Hanan menerusi sebuah drama bersiri terbaharu.

Menerusi laman sosial Instagram, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

Difahamkan, watak tersebut merupakan kesinambungam bagi drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad yang digandingkan bersama suaminya, aktor Kamal Adli.

“Hanan dan Nawal coming soon,” tulis Uqasha ringkas di ruangan komen.

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya sudah tidak sabar menyaksikan jalab cerita penuh suka duka pasangan ini menerusi slot Megadrama di Aatro Ria tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.

Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.

Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini.

Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104)

Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.

#Uqasha Senrose #Kamal Adli #The house Kamal dan Uqasha
;