The House 6

Jom Imbas Kembali The House Musim Terdahulu...Let's See How They Rolled!

gempak
Asraf Aided
13/10/2020
13:00 MYT
Sponsor Banner
Jom Imbas Kembali The House Musim Terdahulu...Let's See How They Rolled!
Sebelum mengumumkan siapakah personaliti yang bakal ditampilkan dalam The House musim keenam, mari kita imbas kembali musim-musim terdahulu dan bagaimana mereka menampilkan sisi keistimewaan masing-masing.
The House Musim Pertama - Adik Beradik Maembong
Ya! Anda tentu masih ingat tiga beradik ini, Emma, Chacha dan Yaya Maembong telah membuka tirai The House dengan kisah 'sisterhood' mereka.
Tiga beradik ini juga menunjukkan keseronokan menjalani kehidupan harian dengan sifat 'gila-gila' yang ada dalam diri mereka.
The House Musim Kedua - Rozita Che Wan & Keluarga
Ramai yang melihat Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta ini sebagai seorang yang jelita dan lemah lembut, tetapi dia juga mempunyai sisi tegas dalam dirinya.
Untuk musim kedua ini, Che Ta, suami dan anak-anak menunjukkan hubungan erat dalam ikatan kekeluargaan yang mereka bina bersama.
The House Musim Ketiga - Datuk Seri Vida & Anak-Anak
Datuk Seri Vida atau DSV memaparkan cara sebenar dia mendidik anak-anak terutamanya dalam soal mendapatkan sesuatu yang diimpikan.
Bagi DSV, anak-anaknya harus berusaha keras dan tidak mengharapkan kemewahan datang dengan mudah. Apa yang penting, gelak ketawa DSV dalam The House musim ketiga sentiasa melekat dalam ingatan!
The House Musim Keempat - Fattah Amin & Alvin Chong
Dalam musim keempat, Fattah dan Alvin memperlihatkan persahabatan erat yang dibina dari perkenalan di bidang hiburan ke dalam kehidupan sebenar.
Mereka juga kelihatan seperti adik-beradik dengan pelbaggai kisah menarik yang ditampilkan.
The House Musim Kelima - Sarah Suhairi, Sissy Imann & Wani Kayrie
Musim kelima menampilkan sedikit kelainan apabila tiga bintang BBNU digabungkan dalam saty program realiti.
Sarah, Sissy dan Wani membawa persahabatan mereka yang terjalin dari sama-sama menyertai program Big Stage sehinggalah menjadi rakan rapat dalam kehidupan sebenar.
Dalam musim kelima, mereka bersaing dalam tugasan membuat lagu, meluangkan masa untuk bercuti bersama dan macam-macam lagi.
Begitulah sedikit imbasan mengenai bintang-bintang The House dalam musim terdahulu and that's how they rolled!
Nak tahu siapakah yang akan ditampilkan dalam The House musim keenam? Tunggu, kerana pengumuman akan dibuat esok!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024