Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Kawan Adalah Cerminan Siapa Kita" - Ini Pandangan Netizen Terhadap Persahabatan Ezurin Dan Sharifah Haslinda

Asraf Aided
16/11/2020 05:40 MYT
Personaliti The House musim keenam, Ezurin Khyra berkongsi video temu bual rakan baiknya, Sharifah Haslinda yang memberikan pandangan mengenai golongan yang suka menilai orang lain di media sosial.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Dalam video itu juga, Haslinda atau mesra disapa sebagai Lynn berbicara mengenai keistimewaan Ezurin dalam persahabatan mereka yang terjalin sejak di bangku sekolah lagi.

"Media sosial memang terkenal dengan orang yang suka menilai orang lain. Pada saya, orang yang suka menilai orang lain ini adalah orang yang tidak bijak.

"Terlalu cepat mereka buat andaian terhadap orang lain, tanpa mengetahui seseorang itu bagaimana," katanya.

Bagi Lynn, Ezurin umpama satu dalam sejuta dan sebab itulah dia kekal bersahabat dengan wanita hebat itu sehingga sekarang.

"Bagi saya, Ezurin adalah satu dalam sejuta, sebab itulah saya berkawan dengan beliau hingga sekarang. Beliau merupakan seorang yang sangat jujur.

"Kita jangan pandang orang dengan sekali pandang, keluarga, anak-anak dan kawan baik tahu beliau bagaimana. Ezurin adalah seorang insan yang sangat istimewa," katanya lagi.

Perkongsian itu ternyata mendapat respon positif dari ramai pengikut Ezurin di ruangan komen.

Rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Lynn, malah, ada juga yang mengatakan seorang kawan itu adalah cerminan bagi diri seseorang.

"Kawan adalah cerminan siapa kita, melihatkan BFF Princess E, saya yakin yang Princess E baik orangnya, love you Mummy!" tulis @athxrnr11.

"Suka Ezurin Khyra, tengok first The House dah mula follow dan tengok latar belakang Ezurin, dah mula suka Ezurin Khyra," tulis @nurayuniwahyu_88.

"Betul...Ada tengok cerita ini, dia seorang yang positif, sempoi je, layan anak macam mak-mak je, tegas suruh baca doa, bagi saya cerita The House ni yang paling menarik," tulis @paklehusin.




A post shared by EZURIN KHYRA (@ezurinkhyra)


The House turut menampilkan lima cahaya mata Ezurin iaitu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan baik Ezurin, Magie Abang Saufi.

Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.

Program ini juga boleh ditonton secara ulangan di On Demand serta penstriman menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#The House #Ezurin Khyra #Musim Keenam