Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lagu Sungai Lui Akan Dimainkan, The House Episod Akhir Bakal Menyentuh Emosi?

Asraf Aided
21/12/2020 02:55 MYT
Sedar tak sedar, The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra bersama rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi akan memasuki episod terakhir Rabu ini.

Ramai penonton setia program ini pastinya tertanya-tanya tentang apakah yang akan dipaparkan dalam episod penutup ini.

Apa yang pasti, The House Ezurin Khyra bakal meninggalkan kesan dalam ingatan kita semua.

Hasil tinjauan Gempak di Instagram, Ezurin ada berkongsi tentang lagu Sungai Lui nyanyian Aizat Amdan yang akan dimainkan dalam episod akhir Rabu ini.



Mendengar pada alunan melodi lagu tersebut, sudah tentu ramai yang membayangkan suasana sayu dan menyentuh hati tambahan lagi, Ezurin akan meninggalkan rumah yang didiaminya di Hulu Langat, Selangor kerana rumahnya di kota sudahpun siap menjalani proses ubah suai.

Apakah yang akan berlaku dalam episod akhir nanti? You better be ready!

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9.00 malam.

Kepada anda yang terlepas menyaksikan episod sembilan Rabu lalu, anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan menerusi aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.


#The House #Ezurin Khyra #Episod Akhir