The House 6

Runsing Fikir Banyak Perkara Untuk Dating Dengan Seseorang Yang Baru Dikenali? Ini Lima Perkara Anda Harus Tahu!

gempak
Asraf Aided
07/12/2020
12:50 MYT
Sponsor Banner
Runsing Fikir Banyak Perkara Untuk Dating Dengan Seseorang Yang Baru Dikenali? Ini Lima Perkara Anda Harus Tahu!
Sebut sahaja mengenai perkenalan baru atau dating, sudah tentu anda akan memikirkan tentang pelbagai perkara.
Apa yang penting, jika anda ingin keluar bertemu sesorang yang baru untuk dikenali, kekal bersikap positif dan hanya jadi diri sendiri.
Di sini, Gempak kongsikan lima perkara yang anda perlu tahu dan sentiasa ingat untuk keluar dating bersama seseorang yang ingin dikenali.
Tidak Perlu Lokasi Yang Betul-Betul Sempurna
Untuk perkenalan pertama, eloklah jika masing-masing memilih lokasi yang disukai dan tidak berat sebelah. Untuk wanita pula, jangan terlalu berharap lelaki akan membawa anda ke sebuah restoran serba indah kerana kadang-kadang, mereka lebih gemar tempat yang lebih relaks untuk berbual bersama.
Jangan Lakukan 'Research' Berlebihan!
Ya! Jika anda mengenali pasangan anda secara online mahupun dari rakan yang lain, anda tidak perlu mencari info berlebihan mengenai dirinya. Mulakan perkenalan baru itu secara fresh, wujudkan perbualan dan kenali satu sama lain dengan penuh kejujuran.
Jangan Bandingkan Dengan Bekas Kekasih Terdahulu
Ini paling penting! Usah bandingkan orang yang baru kita kenali, atau pasangan baru dengan bekas kekasih kerana setiap manusia biasa mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tak Semestinya Lelaki Perlu Bayar Bil!
Ya! Kebiasaannya lelaki akan membayarkan bil sesudah habis makan, tetapi ada juga wanita yang lebih selesa jika mereka membayar makanan dan minuman mereka sendiri. Usah terikat dengan perspektif lelaki harus bayarkan semuanya!
Pilih Makanan Sebetulnya
You are what you eat! Pilihan makanan anda melambangkan personaliti anda. Untuk pertemuan kali pertama, pilih makanan yang enak tetapi seeloknya ringkas agar ia mudah dimakan dan anda boleh menumpukan lebih perhatian kepada perbualan.
Semoga lima perkara ini mampu membantu anda!
Bercakap mengenai dating, dalam The House episod lapan minggu ini, Ezurin akan bertemu dua orang rakan rapatnya di kota. Adakah beliau akan memberitahu rakan-rakannya tentang perkenalannya dengan dua lelaki dalam episod lalu?
Semuanya akan terjawab Rabu ini!
The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Kepada yang terlepas menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.
Sumber : cosmopolitan.com (artikel diubahsuai penulis)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024