Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Rashidi Ishak Tak Sangka Elly Mazlein & Nabila Huda Tak Cam Suara - "Saya Selalu Berlakon Dengan Mereka..."

Firdaus
02/01/2024 11:55 MYT
Rashidi Ishak tidak menyangka dirinya akan sampai ke minggu ketiga The Masked Singer Malaysia musim keempat.

Menurut pelakon itu, dia meletakkan jangkaan hanya bertahan selama dua minggu sahaja dalam pertandingan tersebut.

“Sebenarnya bagi saya ni dah pusingan bonus, saya bagitahu dekat pihak penerbit saya sasarkan dua minggu, lepas minggu ketiga ni okaylah,” katanya.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Tekaan Sherry & Michael Ang Tepat! Putera Katak Rupanya Rashidi Ishak

Dalam pada itu, Rashidi turut berasa hairan apabila juri-juri tidak mengenali suaranya, lebih-lebih lagi Elly Mazlein dan Nabila Huda yang difahamkan selalu bekerja bersama dengannya.

“Memang tak sangka mereka tak cam suara saya. Mungkin sebab daripada latihan, jurulatih vokal cakap jangan nyanyi guna suara yang biasa saya gunakan.

“Tapi saya sangkakan Elly Mazlein atau Nabila Huda yang akan cam suara saya pasal saya banyak kali berlakon dengan mereka,” jelasnya.

Sekadar info, Rashidi Ishak memperagakan maskot Putera Katak dan berada di tangga tiga terbawah bersama-sama dengan peserta Ikan Emas dan Pom Pom Kin.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 11 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #Ishak #Rashidi #TMSMY4