Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4 (RECAP): Markah Penuh Konsert Minggu Keempat! Pom Pom Kin & Mat Helang Terselamat, Ikan Emas Tersingkir Dengan 61.47%

Firdaus
07/01/2024 21:55 MYT
Membawakan lagu Depresi oleh IAMNEETA,Bunga Matahari berjaya meraih tempat pertama dengan markah kesuluruhan 75.47%.

Manakala, tempat kedua pula diduduki oleh peserta di sebalik maskot Sang Kancil dengan markah keseluruhan 74.44%.

Nasib masih menyebelahi dua peserta tercorot iaitu Mat Helang dan Pom Pom Kin dengan markah masing-masing 66.11% dan 65.55%.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Semua Tekaan Juri Tepat! Ikan Emas Rupa-Rupanya Daiyan Trisha

Malangnya, maskot Ikan Emas tersingkir dengan markah keseluruhan terendah iaitu 61.47% sekaligus mendedahkan identiti selebriti di dalam kostum, Daiyan Trisha.



Minggu hadapan bakal menyaksikan 10 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
#Markah #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4