The Masked Singer Musim ke 4
TMSMY4: Semua Tekaan Juri Tepat! Ikan Emas Rupa-Rupanya Daiyan Trisha
The Masked Singer musim ke-4 minggu keempat menyaksikan peserta Ikan Emas tersingkir.
Membawa lagu, Sial oleh Mahalini, maskot Ikan Emas tersingkir sekali gus mendedahkan identiti selebriti disebalik maskot iaitu Daiyan Trisha.
Sebelum topeng dibuka, para juri membuat tekaan nama selebriti yang sama untuk maskot Ikan Emas, iaitu Daiyan Trisha.
BERITA TRENDING: TMSMY4: Rashidi Ishak Tak Sangka Elly Mazlein & Nabila Huda Tak Cam Suara - "Saya Selalu Berlakon…
Selain itu, peserta Pom Pom Kin dan Mat Helang turut tersenarai dalam tangga tiga terbawah buat minggu keempat.
Minggu hadapan bakal menyaksikan 10 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.
Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.
Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.
TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.
TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.
Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Must-Watch Video