The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4 (RECAP): Zizan Jadi Datuk K, Michael Ang Jadi Pak Ngah! Ini Sebab Mereka Pilih Dua Watak Ikonik Ni

gempak
Firdaus
18/01/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
TMSMY4 (RECAP): Zizan Jadi Datuk K, Michael Ang Jadi Pak Ngah! Ini Sebab Mereka Pilih Dua Watak Ikonik Ni
Minggu kelima The Masked Singer Malaysia musim keempat telah mengetengahkan tema Datuk Seri Siti Nurhaliza di mana peserta-peserta diminta untuk membawakan lagu penyanyi nombor satu negara itu sempena meraikan hari kelahirannya.
Malam tema Datuk Seri Siti Nurhaliza dihiasi dengan busana-busana khas serta solekan kreatif yang diperagakan oleh juri-juri sempena memperingati perjalanan karier Siti sebagai penyanyi.
Sebagai contoh, Michael Ang memperagakan kostum Pak Ngah yang disifatkan sebagai salah seorang individu yang memberikan impak besar dalam karier Siti sebagai penyanyi.
Menurut Michael atau lebih mesra dikenali sebagai Mike, pemilihan kostum Pak Ngah itu dipilih kerana mahu memberikan penghormatan terhadap arwah komposer irama Malaysia berkenaan.
“Ini satu penghormatan untuk arwah.Baju ini semua daripada penggaya saya, harap-harap berjaya jadi Pak Ngah, muka pun sama saiz dengan arwah, harap tak memalukan Pak Ngah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Selain Mike, Zizan Razak juga memperagakan kosplay menarik di mana dia disolek sebagai suami kepada Siti, iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Identiti Pom Pom Kin Didedahkan, Selebriti Di Sebalik Maskot Rupa-Rupanya…

Ditanya tentang pemilihan kostumnya yang agak lucu, Zizan berseloroh bahawa dia tidak memilih untuk memperagakan kostum seperti Siti kerana berlainan jantina.
“Kalau tema Datuk Siti saya tak boleh jadi Siti, sebab dia perempuan jadi saya jadi suami dia, saya nak jadi Datuk K.
“Jadi saya kena tambah misai sikit, cermin mata hitam dan saya pilih baju masa hari perkahwinan dia,” seloroh Zizan.

PILIHAN PEMBACA: TMSMY4: Netizen Approve 'Siti Nurhaliza' Versi Nabila Huda, Kak Lina Pom Pom & Che Ta! - "Semua Zaman…

Minggu hadapan bakal menyaksikan 9 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.
Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Bawang Putih dan Abang Jagung.
Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.
TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.
TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.
Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.
Tertakluk pada terma dan syarat.
WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live