Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
The Masked Singer

Jom Kenali Dulu Kostum Yang Digunakan Dalam The Masked Singer Malaysia

Zulaikha Yusof 23/09/2020 | 00:31 MYT
Pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia telah membuka tirai untuk minggu pertama pada Jumaat lalu.
12 orang selebriti telah mempersembahkan kehebatan suara masing-masing dengan kostum yang direka khas oleh Akma Suriati Awang.
Di sini, Gempak senaraikan enam jenis kostum disertakan sekali dengan biografi:
1. Bunga Raya
2. Musang King (MK)
3. Enggang
4. Ayam Jantan
5. Reno
6. Rimau
Minggu pertama menyaksikan Nasi Lemak berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Anak Kampung dendangan asal Jimmy Pelikat sekaligus tersingkir.
BACA: The Masked Singer Malaysia: Nasi Lemak Tersingkir..Ini Kedudukan Peserta & Markah Minggu Pertama
BACA: "Kostum Nasi Lemak Adalah Strategi Untuk Sukarkan Juri" - Mirnawan Datuk Hj Nawawi
Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.
Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#Kostum #The Masked Singer Malaysia
;