,
The Masked Singer

#TMSMY4: "Saya Lega Selepas Tersingkir" - Soo Wincci Akui Stress Nak Kelirukan Juri

Muhammad Firdaus
18/12/2023
06:55 MYT
Soo Wincci meluahkan rasa lega selepas diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dalam program The Masked Singer Malaysia musim keempat.
Menurut Soo Wincci, dia tidak menafikan bahawa program tersebut memberi tekanan kerana perlu sentiasa mimikirkan strategi untuk mengelirukan para juri .

BERITA TRENDING: #TMSMY4: Tekaan Angah & Nabila Huda Mengena! Kak Cat Rupa-Rupanya Soo Wincci

“Bagi saya perasaan saya lega selepas tersingkir, sebab sebenarnya sangat stress nak kelirukan dan strategi yang perlu digunakan terhadap juri,” katanya.
Dalam pada itu, Soo Wincci ketika ditemui selepas konsert pertama The Masked Singer musim keempat, turut menyatakan bahawa program itu merupakan satu pengalaman yang sangat baik dalam kariernya sebagai selebriti.
“Satu pengalaman yang sangat bagus, sebab kita rasai apa yang team produksi nak, apa yang juri nak.
“Tapi tadi dah nampak juri nak kita fokus untuk vokal. Jangan kelirukan juri dengan strategi yang salah.
“Bagi saya memang satu cabaran, dan satu proses yang bagus,” katanya kepada Gempak.

PILIHAN PEMBACA: #TMSMY4: Markah Penuh Konsert Minggu Pertama! Kak Cat Tersingkir, Cili Padi & Abang Jagung Kedua Tercorot

Sekadar info, Soo Wincci memperagakan maskot Kak Cat dan mendapat tangga tiga terbawah bersama dengan peserta Cili Padi dan Abang Jagung.
Minggu hadapan bakal menyaksikan 14 lagi maskot berentap dalam TMSM4.
Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Putera Katak, Pom Pom Kin, Bawang Putih, Cili Padi dan Abang Jagung.
Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.
TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur
TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.
Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.
Tertakluk pada terma dan syarat.
WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah Serang Saya”

gempak
19/02/2024
05:55 MYT
Takpe, janji Bunga Matahari nombor syatuu!
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4 (Recap): Bunga Matahari Juara! Ini Markah Penuh Peserta Pentas Akhir!

gempak
19/02/2024
03:55 MYT
Markah pentas akhir The Masked Singer Malaysia S4
Hiburan

TMSMY4: Bunga Matahari Nombor Syatu! Stacy Dinobat Juara The Masked Singer Malaysia 4

gempak
18/02/2024
16:25 MYT
Maskot Bunga Matahari atau figura sebenarnya, penyanyi Stacy diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 4 (TMSMY4)
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Siapa Juara Di Sebalik Topeng? Ini Tekaan Yang Dibuat Oleh Penonton!

gempak
18/02/2024
04:55 MYT
Siapa bakal dinobatkan juara?