MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2019
“Abah… Ada Masanya Khir Tak Kuat Abah…” – Sebaknya Coretan Khir Rahman Tentang Arwah A Rahman Hassan
Kehilangan bapa tersayang, Datuk A Rahman Hassan benar-benar meninggalkan kesan buat pelakon dan bintang Muzikal Lawak Superstar (MLS), Khir Rahman.
Tidak dapat menahan kerinduan, Khir berkongsi sepotong video pendek di akaun Instagramnya yang merakamkan gelagat mereka berdua sedang menyanyi.
Menerusi entri itu juga, Khir menulis coretan ringkas yang cukup sedih untuk menggambarkan perasaannya saat ini.
“Salah satu sesi latihan terakhir kami, persembahan terakhir kami bersama. Abah dan saya… Arwah Abah.
“Abah ada senyum dalam video ini… Mahu saya abadikan di sini. Abah… Ada masa-masanya Khir tak kuat Abah,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat untuknya.

“Sabar bang, saya juga rasa sama seperti abang ada masa saya pun tak kuat bila teringat arwah ayah saya… Al-Fatihah,” komen @izz_nr
“Al-Fatihah... I feel you abang @kei_ramoss... Hilang abah umpama hilang separuh kekuatan dan semangat... Keep strong okey,” tulis @syahzzy_muhammad
Terdahulu, Khir sebelum ini terkesan selepas membaca sebuah entri yang ditulis oleh anak lelakinya, Haqiqat Hamzah mengenai arwah datuknya.
Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.40 tengah malam akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Must-Watch Video