Skip to main content

Wanna Ali Selamat Timang Cahaya Mata Sulung Lelaki - “Macam Tak Percaya Tapi Ini Realiti…”

Astro Gempak 385

Sekilas

  • Pelakon dan penyanyi Wanna Ali selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.7 kilogram secara pembedahan awal pagi tadi.
  • Berita gembira itu dikongsi oleh ibunya, Datuk Ayu Puteh, yang meluahkan rasa syukur atas kehadiran cucu pertama dalam keluarga mereka.
  • Wanna mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri pada 9 Februari 2025 dan kini dikurniakan cahaya mata lelaki hasil perkahwinan tersebut.

Pelakon dan penyanyi, Wanna Ali selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.7 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan, awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan ibunya yang juga penerbit, Datuk Ayu Puteh menerusi hantaran di Instagram Story. 

Menerusi hantaran tersebut, Ayu menzahirkan rasa syukur atas kehadiran cucu pertama dalam keluarga mereka.

dfvddf

“Alhamdulillah… TokMi dan TokAyah macam tak percaya, tapi ini realiti. Wanna selamat melahirkan anak lelaki subuh tadi secara pembedahan.

“Aku orang yang paling gembira dan bahagia. Terima kasih kepada saudara-mara serta rakan-rakan yang mendoakan Wanna,” tulisnya.

Terdahulu, Wanna atau nama penuhnya Nor Syazwana Mohd Ali, 29, mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri pada 9 Februari 2025 dalam sebuah majlis tertutup di Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement