Skip to main content

Budaya Popular

“Boringlah Politik Lucah” - Sufian Suhaimi Bidas Penyebaran Video Mirip Menteri

untitled-design-2019-06-13t023242-865.jpg
Advertisement
Penyanyi Sufian Suhaimi membidas tindakan penyebaran video lucah di antara seorang individu, Haziq Aziz bersama seorang lelaki yang dikatakan mirip menteri kanan. 
 
Menerusi satu hantaran tweetnya pagi semalam, Sufian, 27, mengecam sistem politik negara yang dikatakan sebagai politik lucah.


 
Tulisnya menerusi akaun @sufiansuhaimi_, “Boring lah politik lucah. Orang muda nak tengok apa yang kerajaan/pembangkang boleh bagi pada negara, rakyat untuk lebih maju. 
 
“Bukan siapa main dengan siapa. Dah separuh 2019, kita ketinggalan dalam banyak perkara”, tulisnya lagi. 
 
Meneliti komen-komen netizen tentang pendapat Sufian tersebut, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakan.  Malah, adq netizen yang mencadangkan agar Sufian menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 kelak. 
 
“Hidup Baby Pian!”, tulis seorang netizen lagi. 
 
Tweet itu sehingga kini telah mendapat 10,000 retweet dan 8,000 likes oleh netizen.
 

Must Watch Video

Advertisement