Skip to main content
Advertisement

Fesyen

5 Fakta Menarik 'The Immortal Gentlemen', Koleksi Terbaharu Abu Shaef Hamza Sempena TKLMFW

5 Fakta Menarik 'The Immortal Gentlemen', Koleksi Terbaharu Abu Shaef Hamza Sempena TKLMFW

Sekilas

  • Abu Shaef Hamza buat debut di The Kuala Lumpur Men's Fashion Week 2026 dengan koleksi The Immortal Gentlemen yang dibuka di M Resort & Hotel Kuala Lumpur.
  • Koleksi ini diinspirasikan daripada warisan peribadi, identiti, dan keyakinan diri, menampilkan 32 rekaan gaya lelaki moden yang praktikal dan sofistikated.
  • Warna hitam kekal sebagai identiti jenama ABU, manakala persembahan turut diserikan dengan nyanyian Adira Suhaimi bagi menambah elemen emosi.
Advertisement

Penggaya fesyen selebriti, Abu Shaef Hamza mencuri perhatian apabila membuat penampilan sulung di pentas The Kuala Lumpur Men's Fashion Week (TKLMFW) 2026 menerusi koleksi terbaharunya berjudul The Immortal Gentlemen.

Dipersembahkan di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, koleksi tersebut mengetengahkan rekaan yang diinspirasikan daripada warisan peribadi, identiti dan keyakinan diri. Berikut lima perkara menarik mengenai koleksi berkenaan.

Advertisement

1. Debut di Kuala Lumpur Men's Fashion Week 2026

The Immortal Gentlemen menandakan penampilan sulung Abu Shaef Hamza di pentas The Kuala Lumpur Men's Fashion Week (TKLMFW) 2026.

Lebih istimewa, koleksi itu dipilih untuk membuka tirai acara fesyen berkenaan yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur.

2. Diinspirasikan daripada warisan, identiti dan keyakinan diri

Menurut Abu, koleksi tersebut dibangunkan berasaskan warisan peribadi yang diterjemahkan menerusi elemen identiti dan keyakinan diri.

Ia dipersembahkan melalui gabungan siluet berani, jahitan yang kemas, palet warna signatur serta sentuhan vintaj yang menampilkan imej sofistikated.

3. Menampilkan 32 interpretasi gaya lelaki moden

Sebanyak 32 interpretasi The Immortal Gentlemen diperagakan dengan rekaan yang praktikal dan sesuai digayakan dalam kehidupan seharian.

Setiap helaian turut menampilkan permainan lapisan fabrik dan tekstur sambil mengekalkan siluet yang berstruktur. Koleksi itu turut dipadankan dengan cermin mata Komono dan jam tangan Ice Watch bagi melengkapkan penampilan.

4. Warna hitam kekal identiti jenama ABU

Warna hitam yang menjadi DNA jenama ABU terus mendominasi koleksi ini.

Pada masa sama, tona bumi turut digabungkan bagi menghasilkan keseimbangan dalam gaya monokrom, sekali gus menyerlahkan penampilan yang moden dan elegan.

5. Adira Suhaimi Lengkapkan Persembahan

Pertunjukan fesyen itu turut diserikan dengan persembahan istimewa penyanyi Adira Suhaimi yang menyampaikan lagu Sayang Orang Sama, sekali gus menambahkan elemen emosi sepanjang persembahan berlangsung.

Mengulas mengenai koleksi tersebut, Abu berkata:

"Koleksi ini membuktikan bahawa fesyen tidak mengenal usia dan sentiasa relevan sepanjang zaman. Pada masa sama, gaya mampu merentasi musim serta era kerana karya klasik tidak mempunyai batasan," katanya.

Persembahan The Immortal Gentlemen di TKLMFW 2026 turut mendapat sokongan daripada rakan kerjasama lama jenama ABU iaitu Astro Gempak, Time Zone, Komono, Ice Watch dan Evenstar Management.

Anda mungkin berminat dengan

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Must Watch Video

Advertisement