3 Gadis Manis
Mira Filzah Pernah Bercinta Dengan Suami Orang
Pelakon Mira Filzah akui pernah ditipu lelaki ketika bercinta dengan seseorang yang dikenalinya di laman sosial.
Malah lebih teruk tanpa pengetahuannya lelaki yang bercinta dengannya itu merupakan suami orang.
Namun itu hanyalah watak Mira sebagai Aishah di dalam drama mini digital, 3 Gadis Manis yang bersiaran di Astro Gempak atau menerusi laman www.3gadismanis.com.my mulai hari ini.
Bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini, Mira menasihati supaya wanita di luar sana agar tidak mudah tertipu dengan lelaki yang baru dikenalinya dan perlu mengenali asal usul lelaki tersebut sebelum meneruskan hubungan.
Bukan sahaja Mira malah barisan pelakon 3 Gadis Manis seperti Cristina Suzanne, Ayda Jebat, Dottie, Alving Chong turut memberi nasihat serta inspirasi buat wanita dalam sebuah video khas sempena Hari Wanita.
Menerusi video tersebut Cristina yang membawa watak Nadya juga tidak melepaskan peluang menasihati wanita di luar sana supaya tahu menjaga diri dan menyesuaikan diri ke mana sahaja berada.
Sementara Ayda sebagai Mimi pula memberitahu wanita perlu ada pendirian diri dan hormat orang lain tidak kira jantina, bangsa dan agama.
Nak tahu apa lagi yang dikongsikan mereka ikuti video khas dibawah:
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video