Berita

Kurator Muzium Tekstil Negara Luah Hasrat Mahu Hidupkan Kembali Tradisi Telepuk - "Supaya Generasi Seterusnya Kenal..."

gempak
Ainun
15/12/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Kurator Muzium Tekstil Negara Luah Hasrat Mahu Hidupkan Kembali Tradisi Telepuk - "Supaya Generasi Seterusnya Kenal..."
Walaupun kecanggihan teknologi masa kini mampu menghasilkan corak Telepuk pada kain namun rekaan tersebut tetap tidak boleh dikategorikan sebagai rekaan tradisional.
Menurut Kurator Muzium Tekstil Negara, Puan Salmiahwati Djafar, hal itu kerana corak tersebut tidak melalui beberapa proses tradisional telepuk itu sendiri.
“Telepuk ini perlu melalui empat proses tradisional dan barulah kita akan menggelarkannya sebagai telepuk.

“Jadi, apa yang kita dapat lihat sekarang ini adalah lebih kepada cetakkan sahaja walaupun rekaannya kelihatan sama seperti telepuk,” katanya.

Salmiahwati berkata demikian ketika ditemui di pameran Terpesona Telepuk bertempat di Muzium Tekstil Negara baru-baru ini.

Telepuk perlukan kemahiran yang cukup hebat

Tambah Salmiahwati lagi, telepuk mempunyai keunikan dan kehalusan tersendiri malah seninya juga tidak mudah dihasilkan tanpa kemahiran serta latihan yang mendalam.
“Untuk pengetahuan, teknik telepuk ini memerlukan kemahiran yang betul betul mahir baru boleh mendapatkan hasil telepuk yang sempurna," ujarnya.

BERITA TRENDING: “Mana Belajar Berlakon Level Macam Ni Eh” - Lakonan & Ekspresi Wajah Sky Iskandar Dipuji, Ramai Kata Bakal Pelapis Watak Jahat

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Pernah Dibuli Kerana Paras Rupa, Arorra Salwa Jadikan Sebagai Pembakar Semangat -” Dulu Saya Pernah…”

BERITA TRENDING: Dua Lelaki Ditahan Kes Rogol Gadis Orang Asli

BERITA TRENDING: “Yang Ini Approved!” - Netizen Suka Lihat Telatah Comel Bella Astillah & Syed Saddiq Membebel, Berdebat Dalam Kereta

Kembalikan tradisi telepuk

Dalam pada itu, Salmiahwati turut meluahkan hasrat untuk menghidupkan kembali tradisi telepuk agar generasi muda dapat mengenali dan menghargai warisan tersebut.
“Ini adalah satu kebanggaan untuk kembalikan tradisi kita supaya generasi seterusnya mengenali tradisi ini melalui program dan pameran.

“Bagi saya, ini adalah salah satu kehebatan masyarakat pada suatu ketika dahulu iaitu kepandaian menenun, mengukir, mengilap kain dan menelepuk corak di atas kain tradisional,” jelasnya.

Untuk info, telepuk merupakan seni menghias fabrik dengan menggunakan kepingan emas, dan seni ini dahulunya hanya boleh didapati dalam kalangan istana sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024