Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dibuka Mulai Esok, Ini Fakta Menarik Mengenai Apple The Exchange TRX Yang Anda Perlu Tahu

Gempak
21/06/2024 12:55 MYT
Setelah lama berteka-teki, akhirnya kedai fizikal Apple iaitu Apple The Exchange TRX dibuka kepada umum esok.

Menerusi pembukaan kedai fizikal berkenaan, pelanggan dan peminat jenama itu dapat membeli produk yang mereka ingini dengan mudah.

Selain jualan produk Apple, kedai fizikal ini turut menyediakan ruangan untuk berkongsi ilmu yang digelar Today at Apple.

Dibuka esok

Menerusi ruangan ini, pelbagai sesi pembelajaran dan aktiviti bakal dilangsungkan. Selain itu, ia juga mempunyai ruangan untuk mengadakan temu janji berkenaan dengan sesebuah produk keluaran Apple.

Memetik Amanz, Apple The Exchange TRX mempunyai seramai 160 tenaga kerja, selain memiliki ahli yang meliputi 10 bahasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Jam Bomba Bantu Cari iPhone Wanita Jatuh Celah Batu

ARTIKEL BERKAITAN: Janji iPhone 15 Untuk 30 Pembeli Terawal Perfume, Individu Dakwa Ditipu Influencer - “Mana iPhonenya?!”

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil Selfie Cantik, Dahlia Rizal Kongsi Setting Camera Pada iPhone - “Alhamdulillah Saya Punya Ok Sikit…”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Tak Pulang-Pulang Lepas COD iPhone Di Pulau Pinang - “VC Tunang Minta Tolong, Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah ‘Hilang’ Rupanya Lelaki COD iPhone Sembunyi Daripada Pemungut Hutang!

Hal ini sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dalam bahasa yang selesa bagi mereka.

Apple turut menyatakan Apple Store di Malaysia ini mempunyai tenaga lestari sepenuhnya, sama seperti bangunan Apple yang lain.

Rekaan yang mesra cahaya luar digunakan, hasil penggunaan pelbagai kaca, disamping turut menggunakan siling bangunan berasaskan kayu balak.

Pembukaan Apple Store di Malaysia juga telah mengaktifkan Apple Pickup yang membolehkan pembelian dilakukan di web Apple, dan barangan diambil-terus di Apple Store.

Sumber: Amanz

#Apple #Apple The Exchange TRX #Dibuka
;